Apa Itu Autisme?

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Apa Itu Autisme?

Austime Spectrum Disorder adalah kecelaruan dalam perkembangan kanak-kanak yang boleh dikesan seawal umur satu tahun enam bulan sehingga dewasa. Menurut statistik 1 daripada 68 kanak-kanak di Malaysia menghidap Autisme. – Dr Siti Sarah Aishah binti Suhaidi, Pakar Kanak-Kanak

5 Tanda kanak-kanak menghidap Autisme

1. Mengalami masalah percakapan yang lambat

Sepatutnya kanak-kanak yang berumur 2 tahun sudah pandai menggabungkan 2 perkataan. Seperti ‘saya nak’ ‘saya nak susu’. Berbeza dengan kanak-kanak yang menghidap autisme, mereka akan sebut sebutir-sebutir, seperti ‘mama’, ‘susu’

2. Tidak memahami komunikasi dua hala

Jika kita sedang memanggil nama anak autisme, mereka tidak memberikan respon. Mereka akan khusyuk dengan benda lain seperti melihat telefon, menonton video. Jika kita memberi arahan untuk lakukan sesuatu, mereka sukar untuk menurut.

3. Suka menyusun barang/mainan

Antara tingkah laku anak yang menghidap autisme adalah mereka gemar menyusun barang contohnya permainan kereta akan disusun seperti kereta api.

4. Hand flapping (stimming)

Suka mengibaskan tangan seketika. Selalu berlaku ketika mereka teruja atau gembira. Ada juga kanak-kanak yang melompat-lompat satu badan ketika sedang teruja

5. Obses

Obses akan sesuatu perkara. Contohnya, jika mereka suka tengok cerita Upin Ipin, mereka akan menontonnya berulang kali.

Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa

Sekiranya ibu bapa mengesyaki anak menghidap autism, langkah pertama adalah dengan berjumpa doktor di klinik Kesihatan untuk mendapatkan surat rujukan ke hospital dan berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak.

Jika anak sah menghidap autisme, Doktor Pakar Kanak-Kanak akan mencadangkan untuk mendapatkan kad OKU. Kemudian doktor akan memberikan senarai pusat terapi dan pusat terapi pertuturan di lokasi yang berdekatan.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad