Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Tongue Tie
Tongue Tie (Lidah Pendek) pada Bayi
Tongue tie atau lidah pendek ialah keadaan di mana tisu penghubung di bawah lidah (lingual frenulum) terlalu pendek atau ketat. Keadaan ini boleh mengehadkan pergerakan lidah, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.
Dalam sesetengah kes, tongue tie boleh memberi kesan kepada:
- Proses penyusuan
- Keselesaan ibu ketika menyusu
- Perkembangan pertuturan apabila kanak-kanak membesar
- Pemeriksaan awal oleh doktor pakar kanak-kanak penting untuk menentukan sama ada rawatan diperlukan.
Tanda & Ciri-Ciri Tongue Tie
Antara tanda yang sering diperhatikan termasuk:
- Kesukaran menyusu atau bayi cepat penat ketika menyusu
- Puting ibu luka atau sakit ketika penyusuan
- Hujung lidah berbentuk seperti jantung atau terbelah
- Lidah sukar dijulurkan keluar
- Pergerakan lidah terhad ke kiri dan kanan
Harga Rawatan Tongue Tie
Anggaran harga rawatan:
RM400
Tempoh promosi:
01 Januari – 31 Disember 2026
Harga tertakluk kepada:
- Penilaian klinikal doktor
- Tahap tongue tie
- Keperluan rawatan lanjut
Kelebihan Rawatan di Hospital Islam Az-Zahrah
- Dikendalikan oleh doktor pakar kanak-kanak berpengalaman
- Persekitaran hospital yang selesa & mesra keluarga
- Lokasi strategik untuk penduduk Bangi, Kajang & Putrajaya
Info lanjut:
📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733
📍 Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi