Utama / Perkhidmatan Utama / Home Nursing Services
Perkhidmatan Kejururawatan di Rumah (Home Nursing Services), Hospital Islam Az-Zahrah
Penjagaan profesional, tanpa perlu meninggalkan rumah.
Hospital Islam Az-Zahrah kini menawarkan Perkhidmatan Kejururawatan di Rumah (Home Nursing Service) membolehkan pesakit menerima rawatan klinikal daripada jururawat bertauliah terus di kediaman mereka.
Sesuai untuk pesakit pasca pembedahan, warga emas, atau individu yang memerlukan penjagaan luka berterusan tanpa perlu berulang alik ke hospital.
Harga bermula dari RM70 sahaja.
- Harga termasuk barangan pakai buang (disposable items)
- Pengangkutan percuma dalam radius 5KM dari Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
- Caj tambahan dikenakan jika melebihi radius 5KM
*Harga akhir bergantung kepada jenis rawatan dan keperluan pesakit. Hubungi pasukan kami untuk sebut harga terperinci.
Jenis Perkhidmatan Home Nursing yang Disediakan
Antara perkhidmatan yang disediakan melalui Home Nursing Services Hospital Islam Az-Zahrah termasuk:
1. Minor Dressing
Penjagaan dan cucian luka ringan yang memerlukan pemantauan dan penjagaan berkala.
2. Major Dressing
Penjagaan luka yang lebih besar atau memerlukan perhatian lebih rapi mengikut keadaan pesakit.
3. Burn Dressing
Penjagaan luka akibat melecur atau terbakar, tertakluk kepada tahap luka dan nasihat klinikal.
4. Change Urinary Tube
Perkhidmatan menukar tiub urinari bagi pesakit yang memerlukan penjagaan berkaitan saluran kencing.
5. Change Feeding Tube
Perkhidmatan menukar tiub pemakanan bagi pesakit yang memerlukan bantuan pemakanan melalui tiub.
6. Stoma Care
Penjagaan stoma untuk membantu pesakit dan penjaga memastikan kawasan stoma dijaga dengan bersih dan selamat.
Kelebihan Home Nursing Services Az-Zahrah
Perkhidmatan ini membantu pesakit dan keluarga mendapatkan sokongan penjagaan dengan lebih mudah, terutamanya apabila pesakit kurang sesuai untuk bergerak keluar dari rumah.
Antara kelebihannya:
- Penjagaan dilakukan oleh jururawat terlatih
- Lebih selesa kerana pesakit berada di rumah sendiri
- Mengurangkan keperluan perjalanan berulang ke hospital
- Sesuai untuk warga emas dan pesakit yang memerlukan bantuan mobiliti
- Membantu penjaga keluarga memahami penjagaan asas dengan lebih baik
- Sesuai untuk penjagaan susulan selepas prosedur tertentu
Terma Ringkas
- Tempahan tertakluk kepada ketersediaan jururawat dan jadual
- Harga akhir disahkan sebelum kunjungan dilakukan
- Caj pengangkutan tambahan dikenakan bagi kawasan melebihi 5KM
- Tertakluk kepada terma & syarat Hospital Islam Az-Zahrah
Tempah Perkhidmatan Kejururawatan di Rumah Anda Hari Ini
📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733
📍 Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi