Utama / Perkhidmatan Utama / Kelas Hebat Parenting 2026

Kelas Hebat Parenting 2026

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami menyediakan Kelas Hebat Parenting 2026. Kelas ini disarankan kepada ibu hamil pada trimester ketiga hingga ibu bapa yang mempunyai anak 7 tahun kebawah.

Poster Kelas Hebat Parenting 2026 Hospital Islam Az-Zahrah Bangi

Membesarkan anak memerlukan ilmu, kesabaran dan sokongan yang berterusan.
Kelas Hebat Parenting anjuran Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi direka khas untuk membantu ibu bapa memahami perkembangan anak secara lebih terancang dan beretika.

Program ini sesuai untuk ibu bapa di sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan berhampiran, yang ingin mendapatkan panduan keibubapaan berasaskan pendekatan profesional dan nilai kekeluargaan.

Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai topik penting termasuk:

  • Kaedah menguruskan keluarga secara sistematik
  • Tahap perkembangan anak mengikut usia
  • Cara bertindak jika anak tercekik
  • Teknik menenangkan dan menidurkan anak

Tarikh & Lokasi Kelas

  • 08 Februari 2026
  • 10 Mei 2026
  • 09 Ogos 2026
  • 06 Disember 2026

⏰ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi

Yuran Penyertaan

Harga Promosi: RM99 seorang (pax)
(Harga asal RM149)

✔ Termasuk makanan & minuman
✔ Sijil penyertaan
✔ Nota program

Program terhad kepada 30 pasangan sahaja bagi setiap sesi untuk memastikan interaksi lebih fokus dan efektif.

Syarat Penyertaan

  • Terbuka kepada semua ibu bapa 
  • Bayaran diperlukan untuk pengesahan tempat.
  • Program tertakluk kepada perubahan jadual sekiranya diperlukan.

Soalan Lazim

Kelas ini sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil atau bakal ibu bapa.

Yuran adalah RM99/seorang.

Kelas bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dalam satu hari penuh.

Kelas akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dengan penerangan mudah difahami, serta diselitkan istilah perubatan yang berkaitan.

Ya, pihak hospital menyediakan sarapan & makan tengah hari untuk peserta.

Pemulangan yuran dibenarkan sekiranya permohonan dibuat selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum program berlangsung.

Bagi pembatalan selepas tarikh tersebut, pemulangan yuran hanya akan dipertimbangkan atas sebab-sebab kecemasan seperti berikut:
✅ Komplikasi kandungan
✅ Bersalin lebih awal daripada jangkaan
✅ Kemasukan ke hospital

Untuk permohonan ini, peserta perlu sertakan bukti seperti bil kemasukan wad bagi tujuan semakan dan pengesahan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di laman web rasmi atau terus WhatsApp kami di 016-332 8733

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: