Pemeteraian Jual Beli Tanah Bagi Cawangan Hospital Islam di Setia Alam Impian

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Setia Alam Impian; 27 JUN 2023: Tercatat satu lagi detik bersejarah bagi tahun 2023 dalam fasa perkembangan rangkaian Hospital Islam Az-Zahrah dengan termeterainya Sales and Purchase Agreement (SPA) bagi perjanjian jual beli tanah yang bernilai komersial tinggi seluas 3.41 ekar di Setia Alam Impian, Shah Alam. Acara yang signifikan ini telah berlangsung  antara Hartanah HIAZ Sdn Bhd, iaitu syarikat di bawah Kumpulan  Syarikat Az-Zahrah dengan I&P Alam Impian Sdn Bhd (Kumpulan Syarikat S P Setia Berhad).

En Hasan Syahidi bin Abdul Rahman selaku Pengarah Hartanah HIAZ Sdn Bhd mengucapkan rasa syukur dengan pengambilalihan tanah ini yang bertujuan untuk memperluas operasi serta membangunkan sebuah lagi cawangan Hospital Islam Az-Zahrah yang akan menawarkan perkhidmatan kesihatan multidisiplin untuk komuniti Setia Alam Impian, Kota Kemuning dan Klang serta sekitarnya. Datuk Zaini Yusoff, Pengarah I&P Alam Impian Sdn Bhd optimis penubuhan hospital ini akan memberi manfaat kepada semua penduduk berikutan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif akan tersedia.

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dalam perangkaan untuk mengembangkan rangkaian 12 cawangan hospital di seluruh negara. Insyaallah, cawangan kedua di Bandar Tun Hussein Onn sedang dalam proses hampir siap dan akan dilancarkan pada awal tahun hadapan. HIAZ Bandar Baru Bangi merupakan hospital pertama di kawasan Bangi dan Kajang baru sahaja meraikan ulangtahun yang ke-25 sejak penubuhannya pada 10 Oktober 1997. Sebagai salah satu hospital swasta yang mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep ‘Hospital Mesra Ibadah’ dan berasaskan motto ‘Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit’, Hospital Islam Az-Zahrah fokus memberikan rawatan mesra untuk memudahkan para pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa walaupun ketika ditimpa ujian dari segi kesihatan.

Bermula dengan hanya menyediakan perkhidmatan kepakaran Perbidanan dan Sakit Puan serta klinik pesakit luar, Alhamdulillah kini Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan perkhidmatan kepakaran multidisiplin dengan mengekalkan harga yang berpatutan dan kompetitif bagi khidmat hospital swasta. Terdiri daripada barisan doktor-doktor pakar yang bertauliah serta pasukan yang berwibawa, Hospital Islam Az-Zahrah dan kumpulan syarikat Az-Zahrah seperti Megaklinik Zahran, Bangi Dialysis Centre dan lain-lain lagi telah memberi khidmat kesihatan secara langsung dan tidak langsung kepada jutaan pesakit di dalam sejarah sejak 25 tahun penubuhan dan akan terus melebarkan sayap perkhidmatan ini di masa akan datang.

Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan dan rangkaian Kumpulan Megaklinik Zahran adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat di bawah Hospital Islam Az-Zahrah.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad