Program Khidmat Masyarakat Di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Rukaiyah Bersama Hospital Islam Az-Zahrah

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Bulan Ramadan sinonim dengan penganjuran aktiviti Khidmat Masyarakat ataupun Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai salah satu usaha menyumbang semula kepada masyarakat dan amalan mulia yang digalakkan dalam Islam.

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dengan kerjasama Honda Global Amity 3S Centre telah menyantuni 41 ornag anak-anak yatim dan asnaf serta 13 orang penjaga di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah Sungai Merab Luar.

Alhamdulillah, sebuah majlis berbuka puasa, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, gotong-royong, sumbangan duit raya dan peralatan untuk baik pulih pusat jagaan telah disampaikan kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Menurut En Ali Karimi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) program ini merupakan salah satu inisiatif tahunan bagi meraikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam menyediakan persediaan menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.

Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat memberi peluang kepada sukarelawan untuk memupuk kesedaran menyemai kasih sayang kepada anak-anak yatim ini serta mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Hospital Islam Az Zahrah juga mempunyai pelbagai anak syarikat antaranya adalah rangkaian Megaklinik Zahran yang mempunyai 19 cawangan serta Studio Kembara yang telah menghasilkan filem epik sepanjang zaman MAT KILAU – Kebangkitan Pahlawan.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad