Konsultasi Pakar Secara Online

Dapatkan Konsultasi Pakar Dengan Lebih Mudah, Cepat & Selesa

Kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi bersama pakar terpilih Hospital Islam Az-Zahrah secara online tanpa perlu keluar dari rumah.

Online Konsultasi dari lokasi anda
2 Servis Kanak-kanak & psikologi
Praktikal Lebih mudah untuk pertanyaan awal
Konsultasi pakar secara online Hospital Islam Az-Zahrah

Perkhidmatan Telekonsultasi Pakar

Pilihan lebih praktikal untuk mendapatkan nasihat awal, panduan penjagaan dan konsultasi profesional secara maya.

Tentang Perkhidmatan Ini

Konsultasi Pakar Secara Online Untuk Keselesaan Anda

Telekonsultasi membantu anda mendapatkan pandangan profesional dengan lebih mudah, terutamanya untuk pertanyaan awal, susulan kes tertentu atau panduan penjagaan kesihatan yang sesuai.

✓

Sesuai Untuk Ibu Bapa & Penjaga

Dapatkan panduan awal berkaitan kesihatan anak tanpa perlu terus hadir ke hospital.

✓

Pertanyaan Awal Lebih Mudah

Sesuai untuk bertanya dahulu tentang keadaan, gejala atau keperluan konsultasi yang bersesuaian.

✓

Sokongan Psikologi Secara Fleksibel

Bantu individu atau keluarga mendapatkan konsultasi awal bersama Klinikal Psikologis.

Pilihan Servis

Servis Konsultasi Online Yang Tersedia

Pilih servis yang bersesuaian dengan keperluan anda. Klik butang untuk terus WhatsApp pasukan kami.

Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Islam Az-Zahrah

Pakar Perunding Kanak-Kanak

Konsultasi bersama pakar kanak-kanak untuk pertanyaan berkaitan kesihatan anak, nasihat penjagaan, susulan keadaan tertentu dan panduan awal yang bersesuaian.

Tanya Servis Ini
Klinikal Psikologis Hospital Islam Az-Zahrah

Klinikal Psikologis

Konsultasi bersama klinikal psikologis untuk pertanyaan berkaitan emosi, tingkah laku, tekanan, cabaran pembelajaran, keluarga dan kesejahteraan psikologi.

Tanya Servis Ini
Kelebihan Telekonsultasi

Kenapa Pilih Konsultasi Online Ini?

Direka untuk memberi kemudahan kepada pesakit dan keluarga yang mahukan akses konsultasi lebih mudah, tersusun dan selesa.

Mudah Diakses

Boleh dapatkan konsultasi dari rumah atau lokasi yang sesuai tanpa perlu hadir dahulu ke hospital.

Menjimatkan Masa

Sesuai untuk pertanyaan awal atau perbincangan susulan tanpa perjalanan yang panjang.

Dibantu Profesional

Konsultasi bersama pakar dan ahli profesional mengikut kategori servis yang diperlukan.

Mesra Keluarga

Memudahkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan panduan berkaitan anak dan kesejahteraan keluarga.

Panduan Tempahan

Cara Pilih Servis Yang Sesuai

Ikuti langkah mudah ini sebelum membuat pertanyaan atau tempahan sesi konsultasi online.

Kenal Pasti Keperluan

Pilih sama ada anda memerlukan konsultasi psikologi atau konsultasi berkaitan kesihatan kanak-kanak.

Klik Button WhatsApp

Tekan butang pada servis yang berkaitan untuk terus berhubung dengan pasukan kami.

Berikan Maklumat Ringkas

Nyatakan tujuan konsultasi, umur pesakit jika berkaitan dan soalan utama yang ingin dibincangkan.

Sahkan Sesi

Pasukan kami akan bantu semak maklumat lanjut, kekosongan sesi dan panduan seterusnya.

Terma & Syarat

Maklumat Penting Sebelum Tempahan

  • Perkhidmatan tertakluk kepada kekosongan jadual pakar atau ahli profesional yang berkenaan.
  • Telekonsultasi sesuai untuk konsultasi awal, nasihat umum atau susulan tertentu mengikut kesesuaian kes.
  • Pesakit mungkin dinasihatkan untuk hadir ke hospital sekiranya pemeriksaan fizikal, ujian lanjut atau rawatan segera diperlukan.
  • Harga, jadual dan butiran perkhidmatan boleh berubah tertakluk kepada ketetapan semasa pihak hospital.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat Hospital Islam Az-Zahrah.

Ingin Bertanya Tentang Konsultasi Pakar Secara Online?

Pasukan kami sedia membantu anda memilih servis konsultasi yang sesuai mengikut keperluan anda atau ahli keluarga. Klik WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut dan tempahan sesi.

Hospital Islam Az-Zahrah, 34 Jalan Medan PB 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: