Dapatkan Konsultasi Pakar Dengan Lebih Mudah, Cepat & Selesa
Kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi bersama pakar terpilih Hospital Islam Az-Zahrah secara online tanpa perlu keluar dari rumah.
Perkhidmatan Telekonsultasi Pakar
Pilihan lebih praktikal untuk mendapatkan nasihat awal, panduan penjagaan dan konsultasi profesional secara maya.
Konsultasi Pakar Secara Online Untuk Keselesaan Anda
Telekonsultasi membantu anda mendapatkan pandangan profesional dengan lebih mudah, terutamanya untuk pertanyaan awal, susulan kes tertentu atau panduan penjagaan kesihatan yang sesuai.
Sesuai Untuk Ibu Bapa & Penjaga
Dapatkan panduan awal berkaitan kesihatan anak tanpa perlu terus hadir ke hospital.
Pertanyaan Awal Lebih Mudah
Sesuai untuk bertanya dahulu tentang keadaan, gejala atau keperluan konsultasi yang bersesuaian.
Sokongan Psikologi Secara Fleksibel
Bantu individu atau keluarga mendapatkan konsultasi awal bersama Klinikal Psikologis.
Servis Konsultasi Online Yang Tersedia
Pilih servis yang bersesuaian dengan keperluan anda. Klik butang untuk terus WhatsApp pasukan kami.
Pakar Perunding Kanak-Kanak
Konsultasi bersama pakar kanak-kanak untuk pertanyaan berkaitan kesihatan anak, nasihat penjagaan, susulan keadaan tertentu dan panduan awal yang bersesuaian.
Tanya Servis Ini
Klinikal Psikologis
Konsultasi bersama klinikal psikologis untuk pertanyaan berkaitan emosi, tingkah laku, tekanan, cabaran pembelajaran, keluarga dan kesejahteraan psikologi.
Tanya Servis IniKenapa Pilih Konsultasi Online Ini?
Direka untuk memberi kemudahan kepada pesakit dan keluarga yang mahukan akses konsultasi lebih mudah, tersusun dan selesa.
Boleh dapatkan konsultasi dari rumah atau lokasi yang sesuai tanpa perlu hadir dahulu ke hospital.
Sesuai untuk pertanyaan awal atau perbincangan susulan tanpa perjalanan yang panjang.
Konsultasi bersama pakar dan ahli profesional mengikut kategori servis yang diperlukan.
Memudahkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan panduan berkaitan anak dan kesejahteraan keluarga.
Cara Pilih Servis Yang Sesuai
Ikuti langkah mudah ini sebelum membuat pertanyaan atau tempahan sesi konsultasi online.
Kenal Pasti Keperluan
Pilih sama ada anda memerlukan konsultasi psikologi atau konsultasi berkaitan kesihatan kanak-kanak.
Klik Button WhatsApp
Tekan butang pada servis yang berkaitan untuk terus berhubung dengan pasukan kami.
Berikan Maklumat Ringkas
Nyatakan tujuan konsultasi, umur pesakit jika berkaitan dan soalan utama yang ingin dibincangkan.
Sahkan Sesi
Pasukan kami akan bantu semak maklumat lanjut, kekosongan sesi dan panduan seterusnya.
Maklumat Penting Sebelum Tempahan
- Perkhidmatan tertakluk kepada kekosongan jadual pakar atau ahli profesional yang berkenaan.
- Telekonsultasi sesuai untuk konsultasi awal, nasihat umum atau susulan tertentu mengikut kesesuaian kes.
- Pesakit mungkin dinasihatkan untuk hadir ke hospital sekiranya pemeriksaan fizikal, ujian lanjut atau rawatan segera diperlukan.
- Harga, jadual dan butiran perkhidmatan boleh berubah tertakluk kepada ketetapan semasa pihak hospital.
- Tertakluk kepada terma dan syarat Hospital Islam Az-Zahrah.
Ingin Bertanya Tentang Konsultasi Pakar Secara Online?
Pasukan kami sedia membantu anda memilih servis konsultasi yang sesuai mengikut keperluan anda atau ahli keluarga. Klik WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut dan tempahan sesi.