Utama / Perkhidmatan Utama / Penilaian Kesihatan Kanak-Kanak
Contact Us
03-8921 2525
For further enquiries, please contact us if you require any assistance or additional clarification regarding our portal.
Utama / perkhidmatan & promosi / Promosi
Penilaian Kesihatan Kanak-Kanak
Anak adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Oleh itu, tumbesaran mereka adalah amat penting untuk dipantau. Antara aspek penting bagi penilaian kesihatan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. Berat badan
2. Tinggi
3. Penglihatan
4. Tahap perkembangan motor kasar dan halus
5. Pertuturan
6. Kognitif
7. Perkembangan psikososial
Ibu bapa yang peka mengenai fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka sewaktu dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral dan personaliti. Jika kanak-kanak tidak mencapai perkembangan sepatutnya pada tahap umur tertentu, ini merupakan suatu indikator berlakunya kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak tersebut.
Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami prihatin terhadap status perkembangan anak anda. Pakar Kanak-Kanak kami boleh mengesan dan mengenal pasti ciri-ciri berkeperluan khas yang diperlukan dan merancang intervensi yang sesuai bagi anak anda.
- Kurang Perhatian / Gangguan Hiperaktif (ADHD)
- Gangguan Spektrum Autisme
- Cerebral Palsy
- Kurang Upaya Perkembangan
- Gangguan Pembelajaran
- Distrofi Otot
- Masalah Kongenital yang lain
Doktor Pakar
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pauntan ‘info lanjut’ untuk ketahui waktu bertugas doktor kami