Utama / Perkhidmatan Utama / Penyakit 3 Serangkai

Hubungi Kami

03-8921 2525

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penjelasan lanjut mengenai portal kami.

Utama / perkhidmatan & promosi / Promosi

Penyakit 3 Serangkai (Diabetes, Hipertensi, Tinggi Kolesterol)

“Malaysia adalah negara termanis di Asia”

Gelaran itu bukan satu pujian bagi rakyat Malaysia. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap penyakit Kencing Manis (Diabetes). 3 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap penyakit Hipertensi dan 4 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami tahap kolesterol yang tinggi.

1.7 juta daripada keseluruhan rakyat Malaysia menghidapi ketiga-tiga penyakit tersebut yang juga dikenali sebagai Penyakit Kardiovaskular (CVD) atau Penyakit 3 Serangkai. Penyakit kardiovaskular (CVD) ialah punca utama kematian di Malaysia. Mari kita lihat secara mendalam penyakit tersebut.

Kencing manis merujuk kepada sekumpulan penyakit yang menjejaskan cara badan anda menggunakan gula dalam darah (glukosa). Glukosa adalah penting untuk kesihatan anda kerana ia merupakan sumber tenaga yang penting untuk sel-sel yang membentuk otot dan tisu anda. Ia juga merupakan sumber tenaga utama otak anda. Insulin yang dikeluarkan oleh organ pankreas membolehkan glukosa memasuki sel-sel badan untuk kegunaan.

Diabetes yang paling sering dialami oleh pesakit adalah Diabetes Jenis 2, bermula akibat oleh rintangan insulin. Apabila sel-sel dalam otot, lemak dan hati anda tidak bertindak balas dengan baik kepada insulin, organ pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin. Apabila organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, dan tahap glukosa darah meningkat.

Penyebab utama berlakunya penyakit Kencing Manis adalah Obesiti dan berat badan berlebihan. Pemakanan yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan kebarangkalian anda untuk menghidapi penyakit Kencing Manis.

  • Tekanan darah tinggi ialah keadaan tekanan darah terhadap dinding arteri anda cukup tinggi sehingga akhirnya boleh menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung. Tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg boleh dianggap penghidap penyakit Hipertensi. 

    Apa penyebab Hipertensi?

      • Merokok
      • Berat badan berlebihan atau obesiti
      • Kurang aktiviti fizikal
      • Terlalu banyak garam dalam diet
      • Terlalu banyak pengambilan alkohol 
      • Stress
      • Umur yang tua
      • Genetik
      • Sejarah keluarga tekanan darah tinggi
      • Penyakit buah pinggang yang kronik
      • Gangguan adrenal dan tiroid
      • Sleep Apnea
    •  

Badan anda memerlukan kolesterol untuk membina sel yang sihat, tetapi tahap kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan anda:

  • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). LDL adalah kolesterol yang tidak baik, mengangkut zarah kolesterol ke seluruh badan anda. Kolesterol LDL terkumpul di dalam dinding arteri anda, menjadikannya keras dan sempit.
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). HDL adalah kolesterol yang baik, mengambil kolesterol berlebihan dan membawanya kembali ke hati anda.

Ia terutamanya disebabkan oleh makan makanan berlemak, kurang bersenam, berat badan berlebihan, merokok dan minum alkohol. Ia juga boleh berpunca dari sejarah penyakit keluarga.

Di dalam Islam, kesederhanaan itu adalah ditekankan.

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami menawarkan rawatan untuk penyakit kardiovaskular dan nasihat gaya hidup sihat. Marilah kita menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup aktif sentiasa.

Doktor Pakar

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pauntan ‘info lanjut’ untuk ketahui waktu bertugas doktor kami

Dr. Nabilah Binti Othman

Pakar Perubatan Dalaman

Dr. Ummi Nadira Binti Daut

Pakar Perubatan Dalaman
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad