Utama / Perkhidmatan Utama / Pemeriksaan Pekerja
Pemeriksaan Pekerja
Pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan adalah diperlukan sebelum seseorang individu menyertai mana-mana organisasi. Hal ini bagi memaklumkan syarikat status kesihatan dan kesejahteraan calon yang baru diambil bekerja.
Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami menyediakan tiga pakej pemeriksaan pra-pekerjaan mengikut keperluan syarikat dan individu. Di antaranya adalah pakej asas, pakej standard, dan pakej pra-pekerjaan. Pihak syarikat boleh menghubungi Pegawai Pemasaran kami jika memerlukan lain-lain ujian bagi pemeriksaan ini.
Soalan Lazim
Anda ada soalan? Kami ada jawapannya. Baca soalan lazim yang kami sediakan dibawah ini.
sebagai pekerja atau pelajar?
Tak perlu, anda boleh sahaja walk-in ke kaunter pendaftaran di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) untuk memulakan proses pemeriksaan kesihatan.
Anda perlu memilih pemeriksaan kesihatan yang disyorkan oleh institusi anda, seperti borang kesihatan yang diberi.
Kami di HIAZ akan membimbing anda tentang proses yang perlu dilakukan. Secara lazimnya, anda perlu membuat pengimbasan x-ray (jika berkenaan), ujian air kencing, ujian darah (jika berkenaan) dan yang terakhir pemeriksaan fizikal dan konsultasi oleh doktor.
Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan seawal jam 8:00 pagi sehingga 7:00 malam, Isnin hingga Jumaat.
Kebiasaannya, pemeriksaan kesihatan mengambil masa 3 hingga 5 jam.
melapor diri?
Bergantung kepada institusi anda, anda mungkin diperlukan untuk membuat ujian saringan Covid-19. Sila rujuk kepada pemeriksaan kesihatan yang diperlukan.