Berikut adalah 3 perkara pesakit perlu buat persediaan wajib sebelum buat tapak dialisis AV Fistula
Bagi pesakit buah pinggang kronik yang bakal menjalani rawatan dialisis, penyediaan awal untuk tapak akses vaskular amat penting. Salah satu akses yang biasa digunakan ialah AV Fistula iaitu sambungan antara arteri dan vena melalui pembedahan. Prosedur ini penting untuk memastikan rawatan dialisis berjalan dengan lancar dan selamat dalam jangka masa panjang. Berikut adalah 3 perkara pesakit perlu buat persediaan wajib sebelum buat tapak dialisis AV Fistula:
1. Jaga Tangan yang Dipilih untuk AV Fistula
Sebelum prosedur, doktor akan memilih tangan yang sesuai berdasarkan imbasan saluran darah (ultrasound doppler). Apabila tangan tersebut telah dikenal pasti:
- Elakkan dicucuk dengan jarum, termasuk untuk pengambilan darah.
- Jangan ambil tekanan darah pada tangan tersebut.
Ini penting untuk memastikan saluran darah tidak rosak sebelum pembedahan dilakukan.
“Saya selalu nasihatkan tangan yang kita dah pilih, yang kita dah scan dan tengok vena serta arteri dia sesuai, tangan tersebut tidak boleh dicucuk dan tidak boleh dibenarkan ambil tekanan darah.”
— Ms. Lenny Suryani, Pakar Bedah Vaskular
2. Kawal Gula dan Tekanan Darah
Kesihatan keseluruhan pesakit memainkan peranan penting dalam kejayaan prosedur AV Fistula. Sebab itu, sebelum pembedahan:
- Pastikan paras gula darah terkawal bawah 10 mmol/L.
- Pastikan tekanan darah berada dalam paras normal dan stabil.
Langkah ini dapat membantu penyembuhan yang lebih baik selepas pembedahan dan mengurangkan risiko komplikasi.
3. Lakukan Senaman Tangan
Senaman ringan yang konsisten boleh menguatkan saluran darah dan otot tangan yang akan digunakan untuk AV Fistula. Antaranya:
- Gunakan medical grip ball untuk menggenggam dan melepaskan secara berulang.
- Guna resistant band untuk senaman kekuatan tangan.
Senaman ini membantu meningkatkan saiz dan kekuatan vena, sekali gus menjadikan pembedahan lebih berjaya.
Persediaan awal bukan sahaja meningkatkan peluang kejayaan prosedur AV Fistula, tetapi juga membantu pesakit menyesuaikan diri dengan rawatan dialisis kelak. Jika anda atau orang tersayang akan melalui rawatan ini, ambillah langkah persediaan dengan serius.
Ingin tahu lebih lanjut atau buat temujanji bersama Pakar Bedah Vaskular kami?
📞 Hubungi kami di:
03-8921 2525 / 016-332 8733
📍 Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
@hospitalislamazzahrah Sudah bersedia untuk buat tapak dialisis? 💉 Ini 𝟑 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 yang perlu anda jaga sebelum prosedur: 1️⃣ 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐮𝐜𝐮𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐁𝐏 pada tangan yang telah dipilih untuk dialisis. 2️⃣ 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐠𝐮𝐥𝐚 & 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡 pastikan bacaan gula bawah 10 mmol/L. 3️⃣ 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 guna grip ball atau resistance band untuk kuatkan salur darah. Nak tahu lebih lanjut? 📞 03-89212525 📞 016-3328733 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #tapakdialisis #dialisis #nephrology #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan ♬ original sound - hospitalislamazzahrah
Doktor Pakar
Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik
