Utama / Perkhidmatan Utama / Pembedahan Tapak Dialisis

Pembedahan Tapak Dialisis (AVF Surgery)

Pembedahan Arteriovenous Fistula (AVF) adalah penyambungan arteri kepada vena yang dibuat oleh pakar bedah vaskular. Arteri membawa darah daripada jantung ke badan manakala vena membawa darah dari badan ke jantung. Apabila penyambungan tersebut dibuat, AV Fistula akan menyebabkan tekanan tambahan dan darah tambahan untuk mengalir ke dalam vena, membuatkan vena tersebut menjadi besar dan kuat. Vena ini akan menjadi saluran akses yang kekal kepada rawatan dialisis. Jika tiada pembedahan AVF dibuat, vena biasa tidak dapat menahan kemasukan jarum berulang kali.

Pembedahan AVF kebiasaannya dilakukan di lengan yang bukan dominan di bawah permukaan kulit. Kebanyakannya prosedur pembedahan ini dilakukan di bawah anestesia setempat dan hanya memerlukan kemasukan wad sehari. AV fistula memerlukan tempoh tiga minggu hingga 3 bulan untuk matang sebelum ia boleh digunakan untuk tujuan dialisis.. Senaman tangan seperti memicit bola yang lembut boleh meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan pematangan fistula.

Selepas pembedahan, anda dinasihatkan supaya meninggikan sedikit tangan anda untuk mengelakkan berlakunya bengkak. Tangan anda juga mungkin akan berasa sejuk, ini adalah simptom stealdi mana peredaran darah di lengan masih belum stabil. Simptom ini berlanjutan selama beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Jika ia menjadi semakin parah atau tidak sembuh selepas tempoh yang lama, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

Untuk penjagaan luka selepas pembedahan AVF, anda dinasihatkan supaya:

  1. Memastikan luka itu kering untuk sekurang-kurangnya 3 hari
  2. Mengelakkan dari mengangkat benda berat
  3. Mengelakkan daripada menindih lengan
  4. Berjumpa dengan doktor jika terdapat kesakitan yang melampau, bengkak, atau pendarahan

Untuk penjagaan am tempoh panjang bagi tempat akses dialisis, anda dinasihatkan supaya:

  1. Pemeriksaan yang kerap di fistula untuk memastikan ia masih berfungsi; anda boleh merasa dengan jari terdapatnya rasa “buzzing” di fistula tersebut
  2. Memastikan pendarahan yang minima, tiada tanda-tanda jangkitan kuman seperti kemerahan atau bengkak selepas prosedur dialisis 
  3. Tidak tidur di atas lengan yang terdapatnya fistula
  4. Tidak memakai pakaian atau barangan kemas yang ketat yang menyebabkan kurangnya peredaran darah di lengan yang terdapatnya fistula
  5. Tidak mengangkat benda yang berat menggunakan tangan yang terdapatnya fistula
  6. Tiada pengambilan darah, tekanan darah, dan suntikan ubat dibuat di lengan yang terdapatnya fistula
  7. Sentiasa memastikan kawasan fistula sentiasa bersih 
  8. Tidak memakai krim dan losyen di kawasan suntikan jarum fistula
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad