Utama / Perkhidmatan Utama / Glaucoma

Glaukoma

Glaukoma adalah penyakit yang rumit di mana kerosakan berlaku pada saraf optik yang progresif dan boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal. Glaukoma adalah merupakan penyebab kedua kebutaan kekal.

Glaukoma biasanya dirawat dengan ubat titis mata dan atau laser. Kebanyakan kes, glaukoma boleh dikawal dengan rawatan tersebut, lantas kehilangan penglihatan yang teruk dapat dicegah. Dalam beberapa keadaan pembedahan glaukoma juga dikenali sebagai trabeculectomy perlu dilakukan bagi mencegah glaukoma menjadi lebih teruk.

Soalan Lazim

Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko  untuk mengidap glaukoma. Ini termasuk:

  • Faktor usia: semakin meningkat usia, risiko menghidapi glaukoma meningkat.
  • Bangsa: Keturunan African dan Cina
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
  • Tekanan bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular )
  • Rabun jauh (miopia)
  • Menghidapi Hipertensi / Darah Tinggi
  • Menghidapi Diabetes Mellitus / Kencing Manis
  • Menghidapi ‘Migraine’
  • Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan (samada topikal mahupun  sistemik)
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad