Utama / Perkhidmatan Utama / Rawatan Katarak

Rawatan Katarak

Katarak adalah kondisi mata di mana kanta mata mengalami pengabusan secara semula jadi, daripada jernih menjadi keruh. Ia boleh diumpamakan seperti sebuah tingkap kaca yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Terdapat 4 jenis katarak yang mungkin boleh berlaku kepada kita termasuklah:

Katarak Nuklear – Menjejaskan bahagian tengah kanta mata

  • Katarak Kortikal – Menjejaskan bahagian hujung kanta mata
  • Katarak Sub-kapsular Posterior – Menjejaskan bahagian belakang kanta mata
  • Katarak Kongenital – Katarak yang wujud sejak dari lahir lagi

Kanta yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil) diperbuat daripada air dan sel protein. Sel protein ini tersusun rapi secara tepat untuk memastikan kanta jelas dan membolehkan cahaya melaluinya. Kebiasaannya, apabila usia semakin meningkat, bilangan protein mungkin bergumpal bersama dan membentuk selaput di kawasan kecil kanta. Penggumpalan ini dipanggil katarak, dan dari semasa ke semasa, ia boleh menjadi semakin besar dan mengaburi penglihatan anda. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh disebabkan oleh:

  1. Faktor kongenital
  2. Penyakit seperti diabetis, hipertensi, dan obesiti
  3. Faktor persekitaran seperti kecederaan mata,
  4. Pengambilan ubat-ubatan seperti kortikosteroid untuk tempoh yang lama
  5. Merokok
  6. Pengambilan alkohol yang banyak
  7. Kekurangan zat makanan

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk:

  • Penglihatan berkabus atau kabur tanpa rasa sakit
  • Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang)
  • Rabun ayam (menghadapi kesulitan melihat pada waktu malam)
  • Penglihatan berganda atau berbilang imej dalam satu mata
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata
  • Warna objek kelihatan pudar

Untuk jangka masa yang pendek, anda boleh mendapatkan cermin mata perskripsi untuk membetulkan penglihatan. Akan tetapi, apabila cermin mata perskripsi tidak dapat membantu, satu-satunya rawatan yang berkesan untuk katarak ialah pembedahan.

Pembedahan itu melibatkan penyingkiran kanta yang keruh dan menggantikannya dengan kanta tiruan yang jelas. Penglihatan yang jelas akan dipulihkan dengan segera. Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami menawarkan dua pilihan untuk pembedahan katarak anda: pembedahan katarak standard dan pembedahan katarak refraktif.

Pembedahan katarak standard adalah prosedur tradisional untuk membuang katarak. Semasa pembedahan ini, kanta mata yang keruh akan dikeluarkan. Ia digantikan dengan kanta tiruan standard yang jelas (juga dikenali sebagai kanta intraokular). Kanta ini boleh memulihkan penglihatan anda. Ia dianggap sebagai prosedur yang sangat selamat dan sangat berkesan untuk penyingkiran katarak.

Pembedahan katarak refraktif bermula dengan cara yang sama seperti pembedahan katarak biasa. Kanta mata anda akan dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ia digantikan dengan kanta berbilang fokus, yang turut membetulkan penglihatan anda. Pembedahan katarak refraktif boleh membetulkan rabun dekat dan rabun jauh serta astigmatisme. Pembedahan ini secara mendadak mengurangkan atau menghapuskan pergantungan anda pada cermin mata atau kanta sentuh.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad