Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Bersalin

Perkhidmatan Pakej Bersalin Mahsuri

Bersalin normal

Pakej Bersalin Mahsuri – Keselesaan dan Penjagaan Terbaik untuk Ibu & Bayi

Hospital Islam Az-Zahrah memperkenalkan Pakej Bersalin Mahsuri – direka khas untuk memberikan pengalaman bersalin yang tenang dan selesa bagi setiap ibu. Dengan harga yang berpatutan, pakej ini memastikan anda dan bayi mendapat penjagaan berkualiti di bawah pengawasan pakar perbidanan dan kanak-kanak berpengalaman.

Harga Pakej: RM 2,899
(Bersalin Normal)
Tempoh Pakej: 1 Januari 2024 – 31 Oktober 2024

Perkhidmatan Termasuk dalam Pakej:

Untuk Ibu:

  • Penginapan selesa selama 2 hari 1 malam.
  • Runding cara di wad oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan untuk memantau kesihatan anda.
  • Ubat-ubatan standard untuk ibu, termasuk Sangobion, Duphalac, dan Ponstan untuk pemulihan selepas bersalin.

Untuk Bayi:

  • Pemeriksaan saringan bayi, termasuk ujian kumpulan darah (G6PD, TSH).
  • Pemeriksaan oleh Pakar Kanak-Kanak sekali untuk memastikan bayi dalam keadaan sihat.
  • Suntikan imunisasi asas bayi, seperti Vitamin K, BCG, dan Hepatitis B.
Terma & Syarat:
  • Kelayakan pakej ditentukan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan berdasarkan penilaian kesihatan ibu.
  • Pemeriksaan Antenatal minimum 3 kali diperlukan:
    • Pertama antara minggu ke-24 hingga 30.
    • Dua kali lagi antara minggu ke-32 hingga 40.
  • Sekiranya terdapat komplikasi semasa kelahiran yang memerlukan pembedahan kecemasan (Caesarean), pakej ini tidak lagi layak.
  • Pakej tidak termasuk kos tambahan untuk komplikasi, kelahiran di luar waktu pejabat, atau kelahiran semasa cuti umum.
Caj Tambahan (Tidak Termasuk dalam Pakej):
  • Induction of Labour (IOL): RM 500 – RM 600
  • Vacuum: RM 400 – RM 500
  • Epidural: RM 1,000 – RM 1,200
  • Manual Removal of Placenta (MRP): RM 500 – RM 600
Cara Pembayaran yang Mudah
  • Deposit RM 500 semasa tempahan, dan tambahan RM 1,000 semasa kemasukan wad.
  • Nikmati pembayaran ansuran 0% dengan kerjasama Tabung Haji dan bank terkemuka seperti CIMB, RHB, Affin, Alliance, dan lain-lain.

Maklumat Penting:
Sekiranya terdapat tanda-tanda bersalin sebelum minggu ke-37, sila rujuk ke hospital kerajaan yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Dapatkan Pakej Bersalin Terbaik di Bangi Sekarang!

Hubungi kami di 03-8921 2525 / 03-8921 2510, atau WhatsApp 016-332 8733 untuk maklumat lanjut dan tempahan. Anda juga boleh menghantar pertanyaan melalui emel di marketing@azzahrah.my.

Perkhidmatan Bersalin Sri Kandi

Bersalin Secara Pembedahan

Pakej Bersalin Sri Kandi – Pilihan Bersalin Secara Pembedahan.

Demi permata hati ibu, Hospital Islam Az-Zahrah memperkenalkan Pakej Bersalin Sri Kandi khas untuk anda yang memilih bersalin secara elektif Caesarean. Pakej eksklusif ini direka untuk memberikan pengalaman bersalin yang selesa, lengkap, dan tenang di hospital bersalin mesra ibadah dengan harga bermula dari RM 8,699.

Tempoh Promosi: 1 Januari 2024 – 31 Oktober 2024

Apa yang Termasuk dalam Pakej?

Untuk Ibu:

  • Penginapan selesa 3 hari 2 malam di wad hospital bersalin.
  • Runding cara dan prosedur kelahiran oleh Pakar Perbidanan & Pakar Bius berpengalaman.
  • Ubat-ubatan standard untuk pemulihan selepas bersalin.

Untuk Bayi:

  • Pemeriksaan standard bayi baru lahir oleh Pakar Kanak-Kanak untuk memastikan kesihatan optimum.
  • Suntikan imunisasi asas seperti Vitamin K, BCG, dan Hepatitis B untuk bayi anda.
Terma & Syarat Pakej:
  • Harga pakej tidak termasuk caj bilik dan sebarang prosedur atau alat tambahan yang diperlukan.
  • Bayaran penuh perlu dilakukan secara tunai sahaja.
  • Pakej ini tidak sah untuk pesakit yang memilih bilik VIP atau jika terdapat komplikasi semasa proses bersalin.
Hadiah Istimewa untuk Ibu & Bayi

Sebagai tanda penghargaan, setiap ibu yang memilih Pakej Sri Kandi akan menerima hadiah istimewa, termasuk kit penjagaan ibu & bayi untuk memudahkan penjagaan selepas bersalin.

Kemudahan Bayaran Mudah
  • Pembayaran boleh dilakukan dengan 0% pelan ansuran melalui bank pilihan seperti CIMB, RHB, Affin, Alliance, HSBC, Public Bank, dan Standard Chartered.
  • Kerjasama dengan Tabung Haji untuk kemudahan pembayaran.

Maklumat Tambahan:
Sila rujuk hospital untuk maklumat lebih lanjut jika anda mengalami sebarang tanda-tanda awal bersalin atau memerlukan perhatian segera.

Perkhidmatan Bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami melahirkan rasa gembira dan syukur kepada ibu-ibu yang menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Diketuai oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) yang berpengalaman, Unit Bilik Bersalin dan Unit Nurseri komited dalam mengendalikan kelahiran yang selamat serta menguruskan penjagaan ibu dan bayi. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan para ibu menjalani proses kelahiran yang lancar.

Suami atau ibu pesakit juga dibenarkan untuk menemani semasa proses kelahiran seperti yang tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan.

Antara tawaran perkhidmatan bersalin dari Bidang Perbidanan dan Sakit Puan di HIAZ:

Kelas Antenatal

Penjagaan Am & Pemeriksaan Pranatal

Imunisasi untuk bayi baru lahir

Hospital kami menggalakkan penyusuan susu ibu. Oleh itu, kami menyediakan bantuan dan nasihat laktasi kepada ibu daripada jururawat laktasi yang terlatih. Jururawat kami juga mahir dalam bidang penjagaan bayi neonatal dan perbidanan, khas untuk memberi penjagaan baik kepada bayi yang baru lahir.

Bayi-bayi Yang Baru Lahir

Bagi bayi-bayi yang baru lahir di HIAZ, pemeriksaan ujian kumpulan darah, pemeriksaan gen G6PD, dan penilaian hormon perangsang tiroid (TSH) akan dijalankan. Selepas dilahirkan, bayi akan diberi suntikan Vitamin K. Perkhidmatan imunisasi turut disediakan seperti vaksin BCG dan vaksin Hepatitis B.

Pakar Kanak-kanak akan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi bagi memastikan bayi sihat sebelum pulang ke rumah.

Untuk setiap bayi yang dilahirkan di HIAZ, kami dengan sukacitanya menawarkan keahlian ‘Kelab Junior Az-Zahrah’. Keahlian in memberi tawaran diskaun lima peratus kepada perkhidmatan di hospital ini yang merangkumi: • Caj bilik untuk kemasukkan wad • Caj hospital untuk pesakit luar • Khatan bayi • Ujian pendengaran • Vaksinasi

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Terdapat dua kaedah bersalin tersedia di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) iaitu bersalin secara normal dan bersalin secara Caesarean.

Bersalin secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Secara puratanya ibu yang bersalin secara normal akan tinggal di wad bersalin selama 2 hari 1 malam. Untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal, terdapat tiga jenis bersalin secara normal mengikut keadaan ibu dan kandungan:

  • Bersalin Faraj Spontan (SVD) berlaku apabila ibu yang mengandung bersalin tanpa menggunakan ubat atau teknik bantuan untuk mencetuskan proses labour dan melahirkan anak secara normal
  • Bersalin Faraj Dibantu (AVD) adalah apabila ibu yang bersalin memerlukan alat bantuan seperti pengekstrak vakum untuk melahirkan bayi melalui faraj.
  • Induction of Labour (IOL) pula adalah satu prosedur induksi bagi merangsang kontraksi uterus seterusnya pembukaan pintu rahim melalui penggunaan ubat-ubatan untuk memulakan proses kelahiran. 

Antara indikasi ibu yang mengandung memerlukan prosedur IOL adalah:

  1. Kandungan lebih hari (Post Date)
  2. Masalah kesihatan seperti Hipertensi Akibat Kehamilan (PIH) atau Kencing Manis Akibat Kehamilan (Diabetes Mellitus)
  3. Kekurangan Air Ketuban (Oligohydramnios)
  4. Sekatan Pertumbuhan Intra Rahim (IUGR)
  5. Pecah Air Ketuban
  6. Kurang pergerakan janin apabila usia kandungan lebih 37 minggu
  7. Jangkitan bakteria (Korioamnionitis)

Bersalin secara Caesarean atau dikenali sebagai Lower Segment Caesarean Section (LSCS) adalah pembedahan untuk mengeluarkan bayi melalui potongan yang dibuat pada dinding abdomen dan rahim. Secara puratanya ibu yang bersalin secara Caesarean akan tinggal di wad bersalin selama 3 hari 2 malam. Terdapat dua situasi di mana pembedahan Caesarean disyorkan oleh doktor; Pembedahan Elektif Caesarean (EL LSCS) dan Pembedahan Kecemasan Caesarean (EM LSCS).

Pembedahan Elektif Caesarean (EL LSCS) adalah disyorkan jika:

  1. Ibu telah melalui dua kelahiran secara Caesarean sebelum ini. Disebabkan oleh kelemahan pada bahagian rahim yang dibedah ketika prosedur yang lepas, kebarangkalian parut pada rahim untuk pecah adalah tinggi ketika sakit bersalin atau ketika sarat mengandung. 
  2. Previa Plasenta. Apabila plasenta terletak rendah pada rahim, ia sebahagiannya atau sepenuhnya boleh menutup serviks. Dalam trimester ketiga, seorang daripada 200 ibu mengandung boleh menghidapi previa plasenta. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan untuk situasi ini.
  3. Kedudukan bayi songsang. Jikalau kedudukan punggung dan kaki janin berada berdekatan dengan serviks, bersalin secara Caesarean boleh mengelakkan kepala bayi terperangkap atau kejatuhan tali pusat.
  4. Kelahiran kembar. Bayi kembar boleh dilahirkan secara normal akan tetapi ia bergantung kepada kedudukan janin, anggaran berat dan usia kehamilan. Untuk mengelakkan komplikasi, bersalin secara Caesarean adalah disyorkan.
  5. Kecacatan kelahiran atau gangguan kongenital. Sekiranya bayi didiagnosis mengalami kecacatan ketika ujian pranatal, bersalin secara Caesarean perlu dilakukan untuk mengurangkan komplikasi lanjut
  6. Penyakit Kelamin. Sekiranya ibu mengandung menghidap wabak herpes aktif, prosedur Caesarean akan dilaksanakan untuk mencegah bayi dari terdedah kepada virus
  7. Kencing manis. Apabila ibu mengandung menghidap kencing manis yang disebabkan oleh kehamilan, kebarangkalian untuk berlakunya komplikasi adalah lebih tinggi dan prosedur Caesarean adalah digalakkan

Antara tawaran perkhidmatan bersalin dari Bidang Perbidanan dan Sakit Puan di HIAZ:

Induction of Labour (IOL)

Pembuangan
Plasentasecara Manual

Epidural

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad