Berat Normal Bayi Dalam Kandungan: Apa Yang Perlu Ibu Tahu?

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Kenapa Saiz Bayi Penting Sepanjang Kehamilan?

Semasa hamil, salah satu perkara yang sering merisaukan ibu mengandung ialah berat dan perkembangan bayi dalam kandungan. Mengetahui sama ada bayi membesar secara normal adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan kesihatan ibu dan bayi sehingga tiba hari kelahiran.

Bagaimana Berat Normal Bayi Dinilai?

Menurut Dr. Fazlina Hanum Bt. Mohd Ali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah, berat bayi biasanya diukur berdasarkan usia kandungan melalui pemeriksaan ultrabunyi.

  • Pada usia 28 minggu, berat purata bayi adalah sekitar 1.0 – 1.2 kg.
  • Pada usia 30 minggu, berat bayi sepatutnya sudah meningkat kepada kira-kira 1.3 – 1.5 kg.
  • Pada usia 32 minggu, berat purata bayi ialah sekitar 1.8 kg.

Jika pada usia 28 minggu berat bayi sudah 1.3 kg tetapi masih sama ketika mencapai 30 minggu, ini mungkin tanda pertumbuhan bayi agak perlahan atau dikenali sebagai Intrauterine Growth Restriction (IUGR).

Apa Yang Doktor Akan Lakukan Jika Pertumbuhan Bayi Perlahan?

Apabila bayi didapati tidak membesar mengikut carta pertumbuhan, doktor akan melakukan beberapa langkah pemantauan:

  • Memastikan pergerakan bayi aktif setiap hari.
  • Pemeriksaan berkala setiap 2 minggu untuk menilai perkembangan.
  • Ultrasound doppler test – bagi memastikan aliran darah ke dalam uri (plasenta) masih normal.
  • Jika bayi masih aktif, aliran darah baik, dan bayi terus membesar walaupun kecil, biasanya kehamilan akan diteruskan sehingga hampir cukup bulan.

Namun, jika bayi mengalami masalah pertumbuhan yang serius, doktor mungkin akan mencadangkan kelahiran awal (induce) selepas minggu ke-36 bagi memastikan bayi berada dalam persekitaran yang lebih selamat di luar rahim.

“Walaupun bayi kecil, asalkan dia terus membesar, aktif, dan mempunyai aliran darah normal melalui uri, biasanya kita akan terus pantau hingga hampir cukup bulan.”
Dr. Fazlina Hanum Bt. Mohd Ali

Bila Ibu Perlu Risau?

Ibu mengandung perlu berjumpa doktor segera jika:

  • Pergerakan bayi kurang daripada biasa.
  • Berat bayi tidak menunjukkan pertambahan selepas beberapa minggu.
  • Terdapat tanda-tanda komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis semasa hamil.

Jadual Berat Purata Bayi Dalam Kandungan

Lihat carta berat purata bayi dalam kandungan dari minggu ke-12 hingga 40. Panduan ibu hamil untuk memahami perkembangan bayi

Carta berat purata bayi dalam kandungan dari minggu ke-12 hingga 40, berdasarkan rujukan WHO, INTERGROWTH-21st, Hadlock dan KKM.

Pemantauan berat dan pertumbuhan bayi dalam kandungan sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi. Jika anda mempunyai keraguan tentang perkembangan bayi, jangan tunggu lama lakukan pemeriksaan segera bersama doktor.

Kenali Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah – Senarai Doktor Wanita

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami memahami keperluan wanita untuk mendapatkan rawatan yang selamat, selesa dan mesra ibadah. Barisan doktor pakar perbidanan & sakit puan wanita kami berdedikasi dalam memberikan rawatan menyeluruh, dari penjagaan kehamilan, proses kelahiran, kesihatan reproduktif, hingga rawatan kesuburan.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas, doktor kami komited memastikan setiap pesakit mendapat layanan terbaik, penuh kasih sayang serta mematuhi nilai-nilai Islam. Sama ada anda merancang kehamilan, sedang hamil atau memerlukan rawatan khusus wanita, Hospital Islam Az-Zahrah sedia menjadi pilihan anda.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: