Panduan penjagaan selepas khatan daripada Pakar Bedah Am Hospital Islam Az-Zahrah.
Apabila cuti sekolah bermula, ramai ibu bapa mengambil peluang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Namun, antara persoalan paling kerap ditanya ialah “macam mana nak pastikan luka khatan cepat sembuh?” dan “apa penjagaan terbaik selepas berkhatan?”
Menurut Mr. Mohamad Salleh Bin Abdul Aziz, Pakar Bedah Am Hospital Islam Az-Zahrah, penjagaan selepas khatan memainkan peranan besar dalam mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan komplikasi.
4 Tips Penting Penjagaan Selepas Khatan
1. Kurangkan Pergerakan Anak
Langkah paling utama selepas berkhatan ialah mengurangkan pergerakan anak. Aktiviti berlebihan boleh menyebabkan luka bergesel, berdarah semula dan melambatkan penyembuhan.
Galakkan anak berehat secukupnya, elakkan berlari atau aktiviti lasak dalam tempoh awal.
2. Jaga Kebersihan Diri
Kebersihan sangat penting terutama selepas mandi dan mencuci kawasan luka. Luka perlu sentiasa bersih dan kering bagi mengelakkan jangkitan.
Ibu bapa disarankan mengikuti arahan mencuci yang diberikan oleh doktor atau jururawat.
3. Ambil Ubat Mengikut Arahan Doktor
Ubat yang dibekalkan perlu diambil mengikut masa dan dos yang ditetapkan. Ini termasuk ubat tahan sakit atau antibiotik (jika diberi).
Jangan hentikan ubat lebih awal tanpa nasihat doktor walaupun luka kelihatan semakin baik.
4. Lakukan Teknik Rendaman Selepas Khatan
Teknik rendaman selepas berkhatan membantu mengurangkan bengkak, melegakan ketidakselesaan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Teknik rendaman perlu dilakukan mengikut kaedah yang disarankan oleh pihak hospital.
@hospitalislamazzahrah Ibu Bapa, Dah Ready Anak-Anak Lelaki Berkhatan? 🌟 Musim cuti sekolah adalah masa terbaik untuk anak-anak menjalani khatan. 🩺 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #pakejkhatan #khatanbersamapakar #cutisekolah2025 #khatanmesrakids ♬ Teh Bundar Dan Kau - Iyuz misterius
Penjagaan yang betul selepas khatan bukan sahaja membantu luka cepat sembuh, malah mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi. Ibu bapa digalakkan mendapatkan penerangan lengkap daripada doktor agar setiap langkah penjagaan dilakukan dengan betul.
Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan perkhidmatan khatan selamat & profesional dengan pemantauan rapi selepas prosedur oleh pasukan perubatan berpengalaman.
Doktor Pakar
Sila klik ‘Info Lanjut’ untuk maklumat mengenai waktu klinik.