Kenali Gejala Awal untuk Dapatkan Rawatan Lebih Awal
Kanser serviks merupakan antara kanser yang boleh dicegah dan dirawat dengan lebih berkesan jika dikesan pada peringkat awal. Namun, ramai wanita tidak menyedari tanda-tanda awal yang boleh menjadi petunjuk kepada masalah serius ini. Mengetahui gejala kanser serviks dan bertindak segera apabila mengalaminya amat penting bagi melindungi kesihatan wanita.
5 Tanda Amaran Awal Kanser Serviks
Sekiranya anda mengalami salah satu daripada tanda berikut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut:
Pendarahan yang tidak normal
Pendarahan yang berlaku di luar waktu haid atau selepas menopaus perlu diberi perhatian serius.Keputihan berlebihan atau berbau busuk
Keputihan yang terlalu banyak, berwarna tidak normal atau berbau boleh menandakan jangkitan atau masalah pada serviks.Sakit perut di bahagian bawah yang kerap
Kesakitan yang berulang tanpa sebab jelas boleh menjadi salah satu tanda awal.Sakit ketika bersama (hubungan intim)
Bagi wanita yang telah berkahwin, rasa sakit semasa hubungan intim bukan perkara normal dan perlu diperiksa.Pendarahan ketika atau selepas bersama
Pendarahan semasa atau selepas hubungan intim merupakan tanda penting yang tidak boleh diabaikan.
“Jika anda mengalami mana-mana daripada tanda ini, jangan berlengah. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera.”
@hospitalislamazzahrah Kanser serviks boleh dicegah dengan pengesanan awal! Jangan takut, jangan tunggu. Ujian Pap smear dan HPV test adalah langkah pertama untuk melindungi diri anda. #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #kanserserviks #papsmear #kesihatanwanita ♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) - orino
Kanser serviks tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa tanda. Mengenali gejala awal dan bertindak pantas boleh membantu rawatan dimulakan lebih awal serta meningkatkan peluang pemulihan. Jangan abaikan perubahan pada tubuh anda.