Utama / Perkhidmatan Utama / Kesihatan Usus
Pakej OGDS & Kolonoskopi: Saringan Punca Sakit Perut & Pendarahan Usus
Masalah saluran pencernaan seperti sakit perut berpanjangan, pedih ulu hati, muntah berdarah atau najis berdarah tidak boleh dipandang ringan. Pemeriksaan melalui OGDS dan kolonoskopi membantu doktor mengenal pasti punca sebenar secara lebih tepat dan terancang.
Pemeriksaan ini disarankan terutamanya jika simptom berlarutan atau berulang.
Apa Itu OGDS?
OGDS (Oesophago-Gastro-Duodenoscopy) ialah prosedur pemeriksaan menggunakan kabel gentian optik berkamera melalui mulut untuk menilai:
- Esofagus
- Perut
- Duodenum
Ia membantu mengesan punca sakit perut atas, pedih ulu hati dan masalah menelan.
Apa Itu Kolonoskopi?
Kolonoskopi ialah prosedur pemeriksaan menggunakan tiub fleksibel berkamera melalui dubur (rektum) untuk menilai:
- Usus besar
- Bahagian hujung usus kecil
Ia membantu mengenal pasti punca pendarahan, perubahan najis dan masalah usus.
Simptom Yang Perlu Diberi Perhatian
Anda disarankan menjalani saringan jika mengalami:
- Sakit pada bahagian abdomen
- Pedih ulu hati
- Kesakitan selepas makan
- Sakit ketika menelan
- Muntah berdarah
- Najis berdarah
Harga Pakej Saringan
OGDS – RM1,999
Kolonoskopi – RM2,599
Tempoh promosi: Sehingga 31 Mac 2026
Kelebihan Menjalani Pemeriksaan di Hospital Islam Az-Zahrah
- Dikendalikan oleh doktor pakar berpengalaman
- Kemudahan hospital yang selesa & terkawal
- Prosedur dilakukan secara daycare
- Lokasi strategik untuk Bangi, Kajang & Putrajaya
Hubungi Kami
Hubungi untuk temujanji:
📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733
📍 Hospital Islam Az-Zahrah, 34, Jalan Medan Pb 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Gastroskopi atau dikenali sebagai oesophagogastroduodenoscopy (OGDS) adalah satu prosedur di mana sebuah skop kecil berkamera dimasukkan ke saluran atas pencernaan (Upper GI) yang merangkumi saluran pemakanan (Oesophagus), perut (stomach) dan ke bahagian usus kecil (duodenum) untuk tujuan analisis atau rawatan. Di HIAZ, prosedur ini dilakukan oleh Pakar Bedah Am untuk melihat sebarang abnormaliti, inflamasi, ulser, pendarahan atau ketumbuhan pada saluran atas pencernaan.
Antara indikasi bagi pesakit yang memerlukan gastroskopi adalah:
- Masalah menelan makanan
- Muntah berdarah
- Sakit terutama pada bahagian atas perut
- Pedih ulu hati
- Hilang selera makan
- Turun berat badan mendadak
- Reflux yang berpanjangan
- Pembuangan najis berdarah
Persediaan pesakit sebelum prosedur gastroskopi adalah:
- Mendapatkan maklumat dan nasihat doktor tentang prosedur gastroskopi
- Berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur dijalankan, bermula jam 12 tengah malam
- Mengambil ubat-ubatan rutin seperti ubat darah tinggi dengan sedikit air sebelum prosedur dijalankan. Namun, anda tidak dibenarkan mengambil ubat kencing manis seperti insulin atau pil diabetik sebelum prosedur bagi mengelakkan berlakunya komplikasi
- Berhenti mengambil ubat pengurangan asid perut 2 minggu sebelum prosedur dijalankan
Kolonoskopi adalah satu ujian menggunakan tiub fleksibel berkamera yang dimasukkan melalui dubur untuk melihat abnormaliti, pendarahan atau ketumbuhan di dalam usus besar (kolon) dan rektum. Semasa berlakunya prosedur, doktor akan mengambil sampel tisu (biopsi) sekiranya terdapat abnormaliti di struktur usus pesakit. Kolonoskopi membolehkan diagnosis dan rawatan dijalankan tanpa membabitkan pembedahan besar.
Antara indikasi bagi pesakit yang memerlukan kolonoskopi adalah:
- Sakit di bahagian abdomen
- Najis berdarah
- Sembelit yang kronik
- Cirit-birit yang kronik
Untuk pesakit yang berumur 50 tahun ke atas, pemeriksaan kanser kolon boleh dibuat melalui prosedur kolonoskopi. Jika anda pernah mengalami ketumbuhan di kolon seperti polip, anda disyorkan untuk membuat kolonoskopi susulan bagi membuang sebarang polip tambahan bagi mengelakkan risiko kanser kolon.
Persediaan pesakit sebelum prosedur kolonoskopi adalah:
- Mematuhi arahan doktor tentang diet khas yang diperlukan; seperti tidak mengambil makanan berserat atau berasaskan protein
- Mengambil ubat julap (laxative) untuk membersihkan usus besar dari najis
- Berpuasa pada hari ujian kolonoskopi dijalankan