Utama / Perkhidmatan Utama / Peraduan Menang Duit Raya

Kongsi Pengalaman di Hospital Islam Az-Zahrah & Menang Duit Raya

Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal 2026, Hospital Islam Az-Zahrah mengajak pesakit dan pelanggan untuk berkongsi pengalaman mereka ketika menerima rawatan atau perkhidmatan di hospital ini.

Melalui kempen “Kongsi Pengalaman di Az-Zahrah & Menang Duit Raya”, peserta hanya perlu merakam pengalaman positif di hospital dan berkongsinya di media sosial.

Peserta yang layak berpeluang memenangi hadiah Duit Raya dengan jumlah keseluruhan RM3000.

Kempen ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada masyarakat berkongsi pengalaman sebenar mereka ketika mendapatkan rawatan di Hospital Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi, sebuah hospital yang mengutamakan konsep Hospital Mesra Ibadah.

Tempoh Kempen

Tempoh penyertaan kempen adalah seperti berikut:

  • Tarikh mula: 1 Mac 2026
  • Tarikh tamat: 30 April 2026

Sepanjang tempoh ini, peserta boleh memuat naik pengalaman mereka dan menggunakan hashtag rasmi kempen.

Cara Menyertai Kempen

  1. Rakam gambar atau video pengalaman anda di Hospital Islam Az-Zahrah.
  2. Kongsi di media sosial seperti: Facebook, Instagram, TikTok
  3. Gunakan hashtag rasmi kempen: #azzahrahdihati#Syawal #Ramadhan
  4. Pastikan akaun media sosial anda adalah public supaya penyertaan dapat dinilai.

Apa Yang Boleh Dikongsi

  • Pengalaman menerima rawatan di hospital
  • Pengalaman bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah
  • Lawatan rawatan pesakit luar
  • Pengalaman menggunakan kemudahan hospital
  • Pengalaman perkhidmatan pelanggan
  • Kandungan yang dikongsi hendaklah bersifat positif, sopan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Garis Panduan Penyertaan

Bagi menjaga privasi pesakit dan etika perubatan, beberapa syarat penyertaan perlu dipatuhi:

  • Rakaman boleh dibuat di kawasan umum hospital atau wad.
  • Rakaman tidak dibenarkan semasa sesi konsultasi doktor.
  • Rakaman juga tidak dibenarkan ketika rawatan atau prosedur perubatan dijalankan.
  • Kandungan mestilah pengalaman sebenar dan tidak mengelirukan.
  • Penyertaan perlu dimuat naik di Feed media sosial.
  • Akaun mestilah public.
  • Posting perlu kekal sehingga pemenang diumumkan.

Hospital Islam Az-Zahrah amat menitikberatkan etika perubatan dan privasi pesakit dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Info lanjut

📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733

📍 Hospital Islam Az-Zahrah
Bandar Baru Bangi, Selangor

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: