3 Tanda Anak Anda Mungkin Ada Masalah Pendengaran
Hati-hati! Mungkin bukan semata-mata ‘lambat’. Masalah pendengaran pada awal usia boleh menjejaskan perkembangan pertuturan, pembelajaran dan tingkah laku kanak-kanak — dan ia sering tidak disedari ibu bapa.
Bila Pendengaran Terganggu, Perkembangan Terbantut
Masalah pendengaran bukan hanya berlaku pada warga emas — ramai kanak-kanak turut mengalaminya sejak kecil tanpa kita sedar. Statistik menunjukkan, lebih 1 daripada 1000 bayi dilahirkan dengan masalah pendengaran. Jika tidak dikesan awal, ia boleh menyebabkan kelewatan dalam pertuturan, sosial dan pembelajaran.
Mengesan tanda-tanda awal adalah langkah pertama ke arah pemulihan yang berkesan.
3 Tanda Anak Mungkin Ada Masalah Pendengaran
- Tidak Memberi Respons Bila Dipanggil
Jika anak anda kerap tidak menyahut apabila dipanggil — terutama bila dipanggil dari arah belakang — atau sering bertanya balik soalan yang anda ajukan, ini mungkin tanda mereka tidak mendengar dengan jelas. - Guna Gadget atau TV dengan Bunyi Kuat
Perhatikan tabiat anak semasa menonton televisyen atau menggunakan tablet. Jika mereka menaikkan volume ke tahap yang sangat kuat berbanding biasa, ini adalah amaran awal mereka mungkin mempunyai masalah pendengaran. - Lambat Bercakap Berbanding Umur
Anak yang berumur 1–2 tahun sepatutnya sudah mula menyebut beberapa perkataan mudah. Jika anak anda masih belum boleh bertutur dengan jelas atau menunjukkan perkembangan pertuturan yang perlahan, ia mungkin berpunca daripada gangguan pendengaran.
Lambat bercakap bukan semata-mata disebabkan faktor perkembangan biasa. Pendengaran yang lemah boleh jadi punca utama.
– Dr. Azlan Iskandar Bin Ishak, Pakar ENT, Hospital Islam Az-Zahrah
Tindakan Awal Cegah Masalah Kekal
Masalah pendengaran boleh dirawat, lebih-lebih lagi jika dikesan lebih awal. Jika anda mengesyaki anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, segera dapatkan pemeriksaan awal bersama Pakar ENT.
Temui Pakar ENT Kami di Hospital Islam Az-Zahrah
Pemeriksaan awal boleh bantu selamatkan masa depan anak anda.
📞 03-89212525
📞 016-3328733
🌐 www.azzahrah.my
@hospitalislamazzahrah 🎧 𝟑 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 Mak ayah, pernah tak perasan anak tunjuk tanda-tanda macam ni? 👇 1️⃣ 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥, terutama dari arah belakang, atau asyik tanya balik apa yang kita cakap. 2️⃣ 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 𝐓𝐕 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭 – mungkin sebab mereka tak dengar dengan jelas. 3️⃣ 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 (𝐬𝐩𝐞𝐞𝐜𝐡 𝐝𝐞𝐥𝐚𝐲) – terutamanya bila umur dah masuk 1–2 tahun tapi belum pandai sebut perkataan asas. Semua ni boleh jadi petunjuk awal ada 𝐢𝐬𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧. Jangan tunggu lama, dapatkan pemeriksaan awal untuk anak anda. Maklumat lanjut, hubungi kami di: 📞 03-89212525 📞 016-3328733 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #pakarkanakkanak #masalahpendengaran #speechdelay #audiologi #hearingtest #kesihatananak ♬ Inspiring Corporate - tuttkile
Doktor Pakar
Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik
