Pakar Dermatologi
Utama / Tentang Kami / Pakar Dermatologi
Perkhidmatan & Rawatan Yang Ditawarkan
Ekzema
Psoriasis
Jerawat
Kulat
Jangkitan Kulit
Alahan
Penjagaan Kesihatan Kulit
Semua manusia mahukan kecantikan. Kecantikan dalaman adalah dari Allah SWT, kecantikan luaran datang dari personaliti dan gaya rupa. Kami di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) mahu membantu anda memastikan kulit anda sentiasa sihat menawan. Mari kita melawan tiga penyakit kulit yang sering berlaku.
Ekzema atau dikenali sebagai dermatitis atopik adalah satu kondisi kulit di mana ia menyebabkan kemerahan dan kegatalan di kulit anda. Ia biasa berlaku pada peringkat kanak-kanak tetapi ia juga boleh berlaku pada sebarang julat umur. Dapatkan konsultasi bersama doktor pakar kulit di HIAZ bagi merawat penyakit ekzema kerana rawatan dan langkah penjagaan diri boleh melegakan kegatalan dan mencegah wabak baru.
Punca ekzema adalah seperti berikut:
- Sistem imun anda. Jika anda mempunyai ekzema, sistem imun anda bertindak balas secara berlebihan kepada bahan peradang atau alergen. Reaksi berlebihan ini boleh meradangkan kulit anda.
- Genetik anda. Anda lebih berkemungkinan menghidap ekzema jika terdapat sejarah penyakit kulit di dalam keluarga anda.
- Persekitaran anda. Beberapa contoh termasuk pendedahan kepada asap tembakau, bahan pencemar udara, sabun yang keras, fabrik seperti bulu dan beberapa produk kulit.
- Tahap tekanan anda boleh menyebabkan atau memburukkan kondisi ekzema anda.
Psoriasis adalah penyakit kulit yang menyebabkan tompokan merah dan gatal bersisik. Ia paling biasa berlaku pada lutut, siku, dada dan kulit kepala. Ia cenderung berlaku mengikut kitaran, merebak selama beberapa minggu atau bulan, kemudian reda seketika. Rawatan tersedia di HIAZ untuk membantu anda menguruskan gejala psoriasis.
Psoriasis boleh tercetus akibat:
- Perubahan hormon. Ketika anda akil baligh, menopaus atau hamil, psoriasis boleh tercetus secara mendadak.
- Tahap Tekanan. Anda lebih cenderung mengalami wabak psoriasis ketika anda stress.
- Ubat-ubatan yang diambil. Sesetengah ubat-ubatan boleh memburukkan psoriasis seperti ubat darah tinggi. Sila mendapatkan konsultasi bersama doktor tentang kesan sampingan ubat-ubatan.
- Keadaan kulit seperti luka, jangkitan dan terlalu banyak menggaru boleh memburukkan kondisi psoriasis.
- Obesiti. Orang yang obese lebih cenderung mendapat psoriasis pada lipatan kulit mereka.
Sering kali kita alami jerawat dan mengendahkannya. Jerawat sebenarnya adalah kondisi kulit yang boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Di HIAZ, pakar kulit kami boleh membantu anda mendapatkan rawatan dan mengurangkan jerawat dari merebak.
Tanda-tanda jerawat berbeza-beza bergantung pada keterukan keadaan anda:
- Whiteheads (pori tersumbat tertutup)
- Bintik hitam (pori tersumbat terbuka)
- Benjolan kecil berwarna merah dan lembut
- Jerawat (pustules), iaitu papula dengan nanah di hujungnya
- Ketulan besar (nodul), pepejal dan menyakitkan di bawah kulit
- Ketulan yang menyakitkan dan penuh nanah di bawah kulit
Empat faktor utama penyebab jerawat:
- Pengeluaran minyak (sebum) berlebihan
- Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
- Bakteria
- Keradangan
Tahukah Anda?
- Makan coklat atau makanan berminyak memberi hampir tiada kesan pada ketumbuhan jerawat.
- Jerawat bukan disebabkan oleh kulit yang kotor. Malah, menggosok kulit terlalu kuat atau membersihkan dengan sabun atau bahan kimia yang keras meradangkan kulit dan boleh memburukkan jerawat.
- Kosmetik tidak semestinya memburukkan jerawat, terutamanya jika anda menggunakan solekan bebas minyak yang tidak menyumbat pori-pori kulit dan menanggalkan solekan dengan kerap.
Doktor Pakar
Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik
Pakar Dermatologi atau Pakar Kulit menyediakan rawatan berkaitan dengan kulit, rambut, kuku dan kulit kepala yang boleh berkisar dari penyakit umum dan juga kepada penyakit yang jarang berlaku.
Di Az-Zahrah, Pakar Kulit kami menyediakan diagnosis dan rawatan untuk penyakit kulit melalui ubat-ubatan, rawatan tidak invasif atau pembedahan jika perlu. Pakar kami sentiasa berprihatin dalam penjagaan kulit anda, dan kami komited untuk menyediakan rawatan yang terbaik bagi anda.
Di dalam Islam, bukan sahaja kecantikan luaran digembar-gemburkan malah kecantikan dalaman diangkat tinggi sebagaimana diceritakan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: