Pakar Oftalmologi
Utama / Tentang Kami / Pakar Oftalmologi
Perkhidmatan & Rawatan Yang Ditawarkan
Katarak
Keadaan kanta mata yang keruh sehingga menyebabkan penglihatan kabur dan silau. Rawatan utama ialah pembedahan untuk menggantikan kanta mata dengan kanta tiruan.
Pterygium
Pertumbuhan tisu pada bahagian putih mata yang boleh menyebabkan kemerahan, gatal atau penglihatan kabur.
Glaukoma
Penyakit mata akibat tekanan dalam mata yang tinggi, boleh merosakkan saraf optik dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.
OCT (Optical Coherence Tomography)
Ujian imbasan berteknologi tinggi untuk melihat struktur retina dan saraf optik secara terperinci.
Dry Eyes
Masalah kekeringan mata yang menyebabkan rasa pedih, gatal atau seperti berpasir.
Saringan Kesihatan Mata
Pemeriksaan mata menyeluruh untuk mengesan masalah penglihatan dan penyakit mata lebih awal.
Visual Acuity
Ujian ketajaman penglihatan untuk menentukan sama ada seseorang melihat dengan jelas atau memerlukan cermin mata.
Refractive Error
Masalah rabun jauh, rabun dekat atau astigmatism yang menyebabkan penglihatan kabur, boleh dibetulkan dengan cermin mata atau kanta sentuh.
Retinoscopy
Ujian untuk menilai tahap rabun dengan menggunakan cahaya pada retina, biasanya bagi kanak-kanak
Slit Lamp Assessment
Pemeriksaan mata menggunakan mikroskop khas untuk menilai struktur mata seperti kornea, kanta dan retina.
IOP (Eye Pressure Test)
Ujian mengukur tekanan dalam mata untuk mengesan risiko glaukoma.
Fundus Camera Imaging
Pengimejan retina menggunakan kamera khas untuk menilai keadaan saraf optik, salur darah dan lapisan retina.
Doktor Pakar
Sila klik “Info Lanjut” untuk maklumat mengenai waktu klinik.
Dr. Azlina Binti Mokhtar
Pakar Mata
(Subkepakaran dalam Publichealth Ophthalmology (MOH))
Dr. Norlaila Binti Talib
Pakar Mata
(Subkepakaran dalam Oculoplastic & Orbit Surgeon)
Dr. Mohd Hassan @ Maung Maung Win
Pakar Mata
Oftalmologi adalah cabang bidang perubatan melibatkan diagnosis dan rawatan terhadap penglihatan dan masalah mata; merangkumi anatomi, fisiologi dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya.
Amalan penjagaan mata haruslah dilakukan semenjak kanak-kanak lagi melalui pemeriksaan yang kerap. Ini kerana sesetengah keadaan atau masalah mata hanya dapat dikenalpasti semasa proses tumbesaran. Pakar Mata di Az-Zahrah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata yang berkualiti dan cekap bagi memastikan pengesanan awal gejala masalah mata.
Insya-allah melalui penglihatan yang baik, anda dapat melihat keindahan dunia ini yang dijadikan oleh Allah SWT, yang Ia berfirman: