Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
Utama / Tentang Kami / Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
Perkhidmatan & Rawatan Yang Ditawarkan
Masalah Pendengaran
Masalah Percakapan (Dysphonia)
Masalah Menelan (Dysphagia)
Benjolan & Bendasing
Masalah Tidur (Sleep Apnea)
Sinusitis
Epistaxis
Refluks
Vertigo
Tonsilitis, Sinusitis, Tinnitus
Ketahui tentang penyakit Tonsilitis, Sinusitis, dan Tinnitus.
Tonsilitis adalah keradangan tonsil, dua pad tisu berbentuk bujur di bahagian belakang tekak. Ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit tekak dan kesukaran menelan.
Kebanyakan kes tonsilitis disebabkan oleh jangkitan virus, tetapi jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan tonsilitis. Rawatan anda akan bergantung kepada punca penyakit anda. Jika anda dijangkiti bakteria, antibiotik akan diberkan. Jika anda dijangkiti virus, antibiotik tidak dapat membantu tetapi badan anda akan melawan jangkitan itu dengan sendirinya.
Sinusitis adalah keradangan sinus yang boleh menyebabkannya hidung tersumbat dan dipenuhi dengan cecair yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Keradangan sinus biasanya disebabkan oleh selsema, alahan, ketumbuhan polip dan juga septum menyimpang.
Antara rawatan untuk Sinusitis termasuk:
- Dekongestan
- Ubat selsema dan alahan
- Pengairan salin hidung
- Antibiotik
Tinnitus adalah apabila anda mengalami deringan atau bunyi lain pada satu atau kedua-dua telinga anda. Bunyi yang anda dengar apabila anda mengalami tinnitus bukan disebabkan oleh bunyi luaran, tetapi berpunca dari masalah dalaman telinga.
Penyebab umum tinnitus termasuk:
- Hilang pendengaran
- Jangkitan telinga atau saluran telinga tersumbat; saluran telinga anda boleh tersumbat dengan pengumpulan cecair (jangkitan telinga), tahi telinga, kotoran atau bahan asing lain
- Kecederaan kepala atau leher; trauma kepada kepala atau leher boleh menjejaskan telinga dalaman, saraf pendengaran atau fungsi otak yang dikaitkan dengan pendengaran
- Pembuangan tahi telinga atau bendasing; mengeluarkan penyumbatan di telinga boleh mengurangkan gejala tinnitus
- Penggunaan alat pendengaran. Jika gangguan pendengaran anda disebabkan oleh bunyi atau berkaitan dengan usia, menggunakan alat bantu pendengaran boleh membantu memperbaiki gejala anda.
Kami menawarkan Pakej Saringan ENT hanya RM299 (harga asal RM500). Pakej ini termasuk:
Pendaftaran
Konsultasi dengan pakar ENT di Bangi
Endoskopi telinga, hidung dan tekak
Promosi ini sah sehingga 30 September 2025. Untuk pembayaran tunai sahaja.
Kami menawarkan Pakej Saringan ENT hanya RM299 (harga asal RM500). Pakej ini termasuk:
Pendaftaran
Konsultasi dengan pakar ENT di Bangi
Endoskopi telinga, hidung dan tekak
Promosi ini sah sehingga 30 September 2025. Untuk pembayaran tunai sahaja.
Sleep Apnea
Sleep Apnea adalah gangguan tidur yang serius di mana pernafasan berulang kali berhenti dan bermula. Jika anda berdengkur dengan kuat dan berasa letih walaupun selepas tidur semalaman penuh, anda mungkin mengalami sleep apnea. Jika tidak dilakukan rawatan intervensi, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, dan keletihan serta kemurungan.
- Sleep Apnea Obstruktif, yang paling kerap berlaku di kalangan pesakit apabila otot tekak berehat dan lidah terjatuh seterusnya menghalang saluran pernafasan
- Central Sleep Apnea, yang berlaku apabila otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan
- Sindrom Sleep Apnea Kompleks, di mana pesakit mengalami kedua-dua simptom, sleep apnea obstruktif dan central sleep apnea.
- Mengantuk siang hari yang berlebihan
- Dengkur kuat
- Berhenti bernafas semasa tidur
- Terjaga secara tiba-tiba disertai dengan tercungap-cungap
- Bangun dengan mulut kering atau sakit tekak
- Sakit kepala di waktu pagi
- Sukar menumpukan perhatian pada siang hari
- Perubahan mood, seperti kemurungan
- Tekanan darah tinggi
- Berat badan berlebihan yang menyebabkan lemak di otot pernafasan menghalang saluran pernafasan
- Umur yang meningkat
- Masalah kongenital seperti saluran pernafasan yang kecil dan hidung tersumbat
- Hipertensi
- Merokok
- Kencing Manis
- Sejarah keluarga yang mempunyai sleep apnea
- Asma
Antara rawatan yang tidak invasif untuk sleep apnea adalah dengan menggunakan terapi CPAP (terapi tekanan saluran udara positif berterusan) yang membolehkan anda bernafas dengan sempurna ketika tidur. Selain itu, tidur mengiring ke kanan juga boleh mengurangkan dengkuran dan menggalakkan pengaliran darah. Dapatkan konsultasi lanjut bersama Doktor Pakar ENT kami di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ).
Doktor Pakar
Sila klik ‘Info Lanjut’ untuk maklumat mengenai waktu klinik.
Dr. Azlan Iskandar Bin Ishak
Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
(Fellowship in Head & Neck Surgery)
Dr. Khadijah Binti Mohd Nor
Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
(Subkepakaran dalam ENT Pediatrik)
Dr. Nor Eyzawiah
Hassan
Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
Dr. Norhaslinda binti Mohari
Pakar Otorinolaringologi [E.N.T]
(Minat Mendalam: Perubatan Tidur)
Otorinolaringologi dikenali secara umumnya sebagai Ear, Nose & Throat (ENT) adalah kepakaran yang merangkumi diagnosis dan rawatan terhadap masalah berkaitan telinga, hidung, dan tekak serta struktur kepala dan leher yang berkaitan. Secara amnya, pesakit yang mengalami masalah memakan, meminum, menelan, bercakap, bernafas, dan mendengar dinasihatkan berjumpa dengan Pakar ENT.
Di Az-Zahrah, klinik ENT kami terdiri daripada Pakar-pakar Telinga, Hidung dan Tekak yang proaktif dan berdedikasi untuk membantu masalah yang anda alami.
Sesungguhnya dugaan yang ditempuh melalui kesabaran membawa manfaatnya, sepertimana firman Allah SWT: