Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Bersalin Az-Zahrah

Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah

Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah Bangi 2026 Normal dan Caesarean
Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah Bangi 2026 Normal dan Caesarean
Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah Bangi 2026 Normal dan Caesarean

Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi 2026 | Normal & Caesarean

Hospital Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi menawarkan Pakej Bersalin tahun 2026 untuk kelahiran normal dan pembedahan caesarean (LSCS) dengan kemudahan menyeluruh untuk ibu dan bayi.

Pakej ini direka bagi memberi ketenangan kepada ibu bapa, daripada kemasukan wad, kelahiran, penjagaan bayi sehinggalah rawatan selepas bersalin.

Harga Pakej

Kelahiran Normal (2 Hari 1 Malam)
✔ Bermula RM3,199

Kelahiran Caesarean / LSCS (3 Hari 2 Malam)
✔ Bermula RM9,199

Pilihan Bilik:

  • 3 Katil
  • 2 Katil
  • 1 Katil

*Harga berubah mengikut jenis bilik dan keperluan klinikal.

Apa yang Termasuk Dalam Pakej

Untuk Ibu

  • Rundingcara di wad oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  • Rundingcara Pakar Bius (untuk LSCS)
  • Ubat untuk dibawa pulang

Untuk Bayi

  • Pemeriksaan saringan bayi
  • Ujian darah (G6PD, TSH)
  • Pemeriksaan oleh Pakar Kanak-kanak
  • Imunisasi asas (Vitamin K, BCG & Hepatitis B)
  • Saringan pendengaran bayi

Komplementari

  • Kaunselor Laktasi
  • Lawatan Perinatal Pakar
  • Psikologi Klinikal
  • Sesi Fisioterapi untuk Ibu (LSCS sahaja)
  • Set Tahnik & Pengurusan Uri
  • Bag Discharge & Hadiah Penaja

Pelan Bayaran

  • Pelan Ansuran 0% Faedah
  •  Bermula RM130 / bulan
  • Kerjasama bank terpilih
  • Mudah & patuh syariah

Terma & syarat

  1. Terbuka kepada pelanggan tunai sahaja
  2. Pemeriksaan antenatal dengan Pakar Perbidanan Hospital Islam Az-Zahrah
  3. Deposit:
  4. RM500 – Normal
  5. RM1,000 – Caesarean (LSCS)
  6. Tidak termasuk prosedur tambahan seperti epidural, vacuum, IOL dan komplikasi luar jangka

Tambahan Caj Rundingcara (Jika Berlaku)

Kelahiran kembar
→ Bayi kedua: tambahan caj 50% dari caj bayi pertama

Harga Yang Tidak Termasuk Dalam Pakej

1. Komplikasi semasa kelahiran

2. Peralatan tambahan yang tidak termasuk dalam pakej

3. Kelahiran luar waktu pejabat / cuti umum

4. Prosedur tambahan seperti:

• Vacuum
• Forceps
• Epidural
• Induction of Labour (IOL)

Pertanyaan & Tempahan

Hospital Islam Az-Zahrah
📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733

Perkhidmatan Bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami melahirkan rasa gembira dan syukur kepada ibu-ibu yang menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Diketuai oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) yang berpengalaman, Unit Bilik Bersalin dan Unit Nurseri komited dalam mengendalikan kelahiran yang selamat serta menguruskan penjagaan ibu dan bayi. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan para ibu menjalani proses kelahiran yang lancar.

Suami atau ibu pesakit juga dibenarkan untuk menemani semasa proses kelahiran seperti yang tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan.

Antara tawaran perkhidmatan bersalin dari Bidang Perbidanan dan Sakit Puan di HIAZ:

Kelas Antenatal

Penjagaan Am & Pemeriksaan Pranatal

Imunisasi untuk bayi baru lahir

Hospital kami menggalakkan penyusuan susu ibu. Oleh itu, kami menyediakan bantuan dan nasihat laktasi kepada ibu daripada jururawat laktasi yang terlatih. Jururawat kami juga mahir dalam bidang penjagaan bayi neonatal dan perbidanan, khas untuk memberi penjagaan baik kepada bayi yang baru lahir.

Bayi-bayi Yang Baru Lahir

Bagi bayi-bayi yang baru lahir di HIAZ, pemeriksaan ujian kumpulan darah, pemeriksaan gen G6PD, dan penilaian hormon perangsang tiroid (TSH) akan dijalankan. Selepas dilahirkan, bayi akan diberi suntikan Vitamin K. Perkhidmatan imunisasi turut disediakan seperti vaksin BCG dan vaksin Hepatitis B.

Pakar Kanak-kanak akan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi bagi memastikan bayi sihat sebelum pulang ke rumah.

Untuk setiap bayi yang dilahirkan di HIAZ, kami dengan sukacitanya menawarkan keahlian ‘Kelab Junior Az-Zahrah’. Keahlian in memberi tawaran diskaun lima peratus kepada perkhidmatan di hospital ini yang merangkumi: • Caj bilik untuk kemasukkan wad • Caj hospital untuk pesakit luar • Khatan bayi • Ujian pendengaran • Vaksinasi

*Tertakluk kepada terma & syarat.
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: