Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Saringan Kanser Tiroid
Pakej Saringan Kanser Tiroid
Pakej Saringan Kanser Tiroid di Hospital Islam Az-Zahrah – Kenal Pasti Simptom Awal Sekarang!
Adakah Anda Mempunyai Benjolan di Leher?
Benjolan di leher boleh menjadi tanda Kanser Tiroid, salah satu jenis kanser yang berkembang di kelenjar tiroid. Kanser ini sering tidak menunjukkan simptom awal, tetapi boleh dikesan melalui ujian saringan yang tepat.
Dapatkan Pakej Saringan Kanser Tiroid di Hospital Islam Az-Zahrah untuk mengenal pasti risiko kanser dengan prosedur terkini yang dijalankan oleh pakar perubatan bertauliah.
Apa Itu Saringan Kanser Tiroid?
Saringan kanser tiroid adalah ujian perubatan yang bertujuan untuk mengesan kehadiran sel kanser dalam kelenjar tiroid melalui prosedur pengambilan sampel sel atau tisu dengan bantuan ultrasound.
Mengesan kehadiran sel kanser lebih awal
Prosedur selamat & dilakukan oleh pakar
Membantu dalam perancangan rawatan awal jika diperlukan
Kelebihan & Manfaat Saringan Kanser Tiroid
Mengesan sel kanser lebih awal untuk rawatan yang lebih berkesan
Membantu mengenal pasti punca benjolan di leher
Proses selamat & tidak menyakitkan
Dikendalikan oleh pakar bertauliah menggunakan teknologi ultrasound
Harga mampu milik dengan pakej fleksibel
Apa Yang Termasuk dalam Pakej Saringan Kanser Tiroid?
Harga Pakej:
Ultrasound-Guided FNAC – RM1,699
Pengambilan sample sel dari kelenjar tiroid untuk analisa cytology (ciri-ciri sel kanser)
Menggunakan jarum halus (FNAC) yang dipandu oleh ultrasound
Biopsi Tiroid – RM1,899
Pengambilan sample tisu dari kelenjar tiroid untuk analisa histopathologi (struktur tisu)
Menggunakan jarum lebih besar dengan bimbingan ultrasound
Termasuk dalam pakej:
Konsultasi pakar diperlukan sebelum temujanji prosedur
Tempoh Promosi: Sehingga 31 Disember 2026
Siapa yang Perlu Menjalani Saringan Kanser Tiroid?
Ujian ini disyorkan untuk individu yang mengalami:
Benjolan di leher yang semakin membesar
Kesukaran menelan atau bernafas
Suara serak tanpa sebab yang jelas
Sakit atau ketidakselesaan di bahagian tekak & leher
Sejarah keluarga dengan penyakit tiroid atau kanser tiroid
Kenapa Pilih Hospital Islam Az-Zahrah untuk Saringan Kanser Tiroid?
Pakar radiologi & perubatan bertauliah dengan pengalaman luas
Hospital mesra ibadah & patuh syariah
Harga berpatutan dengan prosedur yang tepat & selamat
Lokasi strategik di Bandar Baru Bangi
Hubungi Kami untuk Tempahan Ujian Saringan Kanser Tiroid
03-8921 2525 | 016-332 8733 (WhatsApp)
marketing@azzahrah.my
www.azzahrah.my
Dapatkan kepastian mengenai kesihatan tiroid anda – Jangan biarkan tanda-tanda awal berlalu tanpa pemeriksaan!