Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Ujian Pap Smear
Adakah Saya Perlu Buat Ujian Pap Smear?
Jawab 4 soalan di bawah. Kuiz ini membantu saringan awal jika anda ragu atau ada gejala, dapatkan nasihat doktor.
Pakej Ujian Pap Smear, Saringan Awal Kanser Serviks
Kanser serviks merupakan antara kanser yang boleh dicegah melalui saringan awal.
Ujian Pap Smear membantu mengesan perubahan sel serviks sebelum ia menjadi serius.
Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami menyediakan Pakej Ujian Pap Smear secara temujanji khas untuk wanita, dengan persekitaran yang selesa, privasi terjaga dan pendekatan mesra ibadah.
Apa Yang Termasuk dalam Pakej
- Prosedur ujian Pap Smear
- Proses pengambilan sampel oleh petugas perubatan terlatih
Siapa yang Perlu Mendapatkan Rawatan Ini
- Wanita berumur 20 – 65 tahun
- Pernah berkahwin atau pernah melakukan hubungan seksual
- Wanita yang ingin melakukan saringan berkala (disarankan setiap 3 tahun sekali)
Terma & Syarat
- Pakej tidak termasuk konsultasi doktor pakar
- Keputusan tertakluk kepada analisis makmal
- Tarikh efektif promosi: 1 Januari – 31 Mac 2026
- Temujanji diperlukan sebelum hadir
Hubungi kami untuk tempahan atau pertanyaan:
📞 03-8921 2525
📱 016-332 8733