Panduan Kemasukan Pesakit

Utama / Panduan Pelanggan / Panduan Kemasukan Pesakit

Hubungi Kami

03-8921 2525

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penjelasan lanjut mengenai portal kami.

Panduan Kemasukan Pesakit

Kaunter pendaftaran terletak bersebelahan lif dan di sebelah kanan dari pintu utama. Selepas waktu pejabat, semua urusan pendaftaran boleh dilakukan di kaunter Unit Kemalangan & Kecemasan yang terletak di sebelah kiri dari pintu utama.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran wad

1. Kad pengenalan / pasport / Mykid

2. Surat Jaminan Masuk Wad / Kad Insurans (jika berkaitan)

Nota: Pesakit perlu memastikan terlebih dahulu pihak insurans adalah panel HIAZ sebelum pengesahan masuk wad.

1. Untuk kes bersalin:-

    a. Sepersalinan pakaian bayi untuk dipakai semasa discaj (jika berkaitan).

    b. Sepersalinan baju pesakit untuk dipakai semasa discaj.

    c. Stokin/Sarung kaki

    d. Baju panas.

2. Ubatan yang masih dalam rawatan.

1. Kami hanya menerima pembayaran secara tunai, kad debit dan kad kredit untuk pesakit yang bukan menggunakan Surat Jaminan (GL).

2. Semasa pendaftaran masuk wad, anda perlu membayar deposit seperti berikut:

    a. Kes perubatan : RM 1,000

    b. Kes pembedahan : 50% daripada anggaran kos

    c. Insurans/MCO : RM 300 (selepas waktu pejabat)

*Deposit tunai RM 300 akan dikira sebagai sebahagian pembayaran di dalam bil apabila discaj.

1. Jangka masa menunggu untuk kemasukan wad untuk kes insurans adalah anggaran di antara satu hingga tiga jam selepas GL (guarantee letter) difaks
ke syarikat tersebut.

2. Jika jumlah deposit tidak mencukupi, pegawai dari Bahagian Billing akan meminta untuk menambah nilai deposit dan jumlah keseluruhan perlu
diselesaikan semasa discaj.

Anda akan dibenarkan keluar wad setelah mendapat kebenaran dari doktor pakar. Bil akhir akan diproses setelah fail pesakit diserahkan kepada Bahagian Billing.

  1. Pesakit yang membuat bayaran secara tunai: proses bil mengambil masa lebih kurang 1 jam.

  2. Pesakit di bawah perlindungan insurans: proses bil dan pengesahan insurans akan mengambil masa 3 jam bergantung kepada prosedur insurans. Jika anda ingin discaj sebelum pengesahan insurans dikeluarkan, pesakit perlu membayar deposit RM 300 sebagai cagaran.

Kami akan maklumkan kepada anda untuk membuat pembayaran apabila bil telah dikeluarkan dan anda diberi tempoh selama dua (2) jam untuk discaj dari wad. Jika tidak, pesakit akan dikenakan caj bayaran separuh dari harga bilik untuk 6 jam pertama dan caj bayaran penuh untuk jam berikutnya.

1. Proses pemulangan deposit wad boleh dituntut pada waktu pejabat sahaja.

2. Pemulangan deposit melebihi RM 500 akan diproses dalam jangka masa 14 hari bekerja.

Hospital hanya menyediakan makanan dan minuman untuk pesakit sahaja.

Hospital kami juga memberi panduan cara bertayamum, mengerjakan solat secara duduk, baring, dan lain-lain lagi mengikut keadaan pesakit jika diperlukan.

Hospital Islam Az-Zahrah adalah kawasan larangan merokok.

Tempat letak kereta adalah di bawah seliaan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM 0.50/jam (Isnin hingga Jumaat. 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Kami amat menghargai sekiranya anda dapat mengisi borang soal selidik kemasukan ke wad yang akan diberikan kepada anda sebelum anda discaj. Pandangan dan cadangan dari anda dapat membantu pihak kami melakukan penambahbaikan secara berterusan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
-
14:00 - 17:00
Jumaat
-
14:00 - 17:00

Kongsi di media sosial:

Whatsapp Kami

Beroperasi: Isnin - Jumaat

Hubungi Kami

Beroperasi: Isnin - Ahad