Utama / Perkhidmatan Utama / Pembedahan Tapak Dialisis
Pembedahan Tapak Dialisis (AVF Surgery)
Adakah anda atau ahli keluarga memerlukan pembedahan untuk tapak dialisis? Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan Pakej Pembedahan AV Fistula dengan harga bermula RM3599+++.
Apa itu Pembedahan AV Fistula?
Pembedahan AV Fistula adalah prosedur menyambungkan saluran arteri ke vena di bawah kulit pesakit, yang biasanya dilakukan di bahagian lengan. Prosedur ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih baik bagi rawatan dialisis.
Apa Yang Termasuk Dalam Pakej Ini?
✔️ Konsultasi & scan sebelum pembedahan
✔️ Yuran kemasukan wad
✔️ Pembedahan
✔️ Ubat standard untuk dibawa pulang
✔️ Bilik daycare
Nota Penting:
❌ Tidak termasuk ujian tambahan seperti ujian darah, haemoglobin, atau saringan COVID-19.
❌ Tidak termasuk komplikasi semasa & selepas pembedahan, serta tambahan ubatan khusus.
Syarat & Ketentuan
- Konsultasi dengan doktor pakar diperlukan sebelum temujanji prosedur.
- Deposit 70% diperlukan ketika kemasukan wad.
- Pembayaran secara tunai atau kad debit/kredit sahaja.
- Sah sehingga 31 Disember 2025.
Kenapa Memilih Hospital Islam Az-Zahrah?
🏥 Rawatan Profesional: Prosedur dilakukan oleh pakar bedah yang berpengalaman.
🌿 Hospital Mesra Ibadah: Persekitaran hospital yang tenang dan selesa.
📍 Lokasi Strategik di Bangi: Mudah diakses dari kawasan sekitar.
📅 Tempah Temu Janji Anda Hari Ini:
📞 +603 8921 2525 / 8921 2500 / 8921 2544
📲 +6016 332 8733
Kunjungi laman web kami untuk maklumat lanjut: www.azzahrah.my
Selepas pembedahan, anda dinasihatkan supaya meninggikan sedikit tangan anda untuk mengelakkan berlakunya bengkak. Tangan anda juga mungkin akan berasa sejuk, ini adalah simptom “steal” di mana peredaran darah di lengan masih belum stabil. Simptom ini berlanjutan selama beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Jika ia menjadi semakin parah atau tidak sembuh selepas tempoh yang lama, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
Untuk penjagaan luka selepas pembedahan AVF, anda dinasihatkan supaya:
- Memastikan luka itu kering untuk sekurang-kurangnya 3 hari
- Mengelakkan dari mengangkat benda berat
- Mengelakkan daripada menindih lengan
- Berjumpa dengan doktor jika terdapat kesakitan yang melampau, bengkak, atau pendarahan
Untuk penjagaan am tempoh panjang bagi tempat akses dialisis, anda dinasihatkan supaya:
- Pemeriksaan yang kerap di fistula untuk memastikan ia masih berfungsi; anda boleh merasa dengan jari terdapatnya rasa “buzzing” di fistula tersebut
- Memastikan pendarahan yang minima, tiada tanda-tanda jangkitan kuman seperti kemerahan atau bengkak selepas prosedur dialisis
- Tidak tidur di atas lengan yang terdapatnya fistula
- Tidak memakai pakaian atau barangan kemas yang ketat yang menyebabkan kurangnya peredaran darah di lengan yang terdapatnya fistula
- Tidak mengangkat benda yang berat menggunakan tangan yang terdapatnya fistula
- Tiada pengambilan darah, tekanan darah, dan suntikan ubat dibuat di lengan yang terdapatnya fistula
- Sentiasa memastikan kawasan fistula sentiasa bersih
- Tidak memakai krim dan losyen di kawasan suntikan jarum fistula