Penjagaan Selepas Pembedahan Tapak Dialisis: Dua Larangan Utama Yang Perlu Dielakkan

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Penjagaan Selepas Pembedahan Tapak Dialisis: Dua Larangan Utama Yang Perlu Dielakkan

Pembedahan tapak dialisis merupakan prosedur penting bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis. Pembedahan tapak dialisis kebiasaanya hanya sekitar 30 hingga 40 minit. Penjagaan selepas pembedahan memainkan peranan yang sangat besar dalam menjamin keberkesanan rawatan dan keselamatan pesakit.

Pakar Bedah Vaskular Hospital Islam Az-Zahrah, Ms. Lenny Suryani Binti Safri, berkongsi beberapa panduan penting berkaitan prosedur ini, terutamanya bagi keluarga pesakit dan mereka yang pertama kali melaluinya.

Apa Yang Berlaku Semasa & Selepas Pembedahan?
“Pembedahan ini biasanya mengambil masa antara 30 hingga 40 minit,” jelas Ms. Lenny. “Namun, bagi ahli keluarga yang menunggu di luar, mereka mungkin akan rasa seperti menunggu hampir satu jam.”

Selepas pembedahan selesai, pesakit akan diberikan panduan penjagaan tapak pembedahan iaitu:

  • Jahitan tidak perlu dibuka.
  • Plaster boleh dibuka selepas 3 hari.
  • Pesakit boleh mandi dan lap tangan yang terlibat selepas plaster dibuka dengan berhati-hati.

Dua Perkara PENTING Yang Tidak Boleh Dilakukan:
Menurut Ms. Lenny, terdapat dua larangan utama yang perlu dipatuhi selepas pembedahan:

  • Tidak boleh ambil darah dari tangan yang telah menjalani pembedahan.
  • Tidak boleh ambil tekanan darah pada tangan tersebut.

Kedua-dua tindakan ini boleh menjejaskan struktur tapak dialisis yang baru dibina dan berisiko menyebabkan komplikasi.

Sebelum pesakit dibenarkan pulang, mereka akan dibekalkan dengan:

  • Ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidakselesaan.
  • Ubat antibiotik bagi mencegah sebarang jangkitan.

Proses pemulihan selepas pembedahan tapak dialisis memerlukan perhatian dan disiplin. Pematuhan kepada arahan pasca pembedahan amat penting bagi memastikan kesihatan pesakit terus terjaga dan tapak dialisis berfungsi dengan baik.

Dapatkan nasihat daripada pakar kami di Hospital Islam Az-Zahrah sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai pertanyaan berkenaan pembedahan vaskular

@hospitalislamazzahrah 💉 Prosedur Tapak Dialisis – Apa Yang Perlu Anda Tahu? Pembedahan untuk membuat tapak dialisis (AVF/AVC) biasanya mengambil masa sekitar 30–40 minit sahaja. Namun begitu, pihak keluarga mungkin akan menunggu sekitar 1 jam kerana pesakit perlu masa untuk pemantauan selepas pembedahan. Rawatan ini adalah langkah penting untuk keselesaan dan kelangsungan hidup pesakit dialisis – pastikan anda patuh dengan arahan doktor! 📞 Maklumat lanjut, hubungi kami di: 📲 03-89212525 📲 016-3328733 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #Dialisis #AVF #TapakDialisis #PesakitBuahPinggang #RawatanDialisis #PembedahanMinor #AzZahrahCare ♬ original sound - hospitalislamazzahrah

Doktor Pakar

Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik

Ms. Lenny Suryani Binti Safri

Pakar Bedah Vaskular

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Miss Lenny Suryani Binti Safri

MD (USM), MS (UKM) (Vascular)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Selasa
14:30 – 16:30
Rabu (M1 & M3)
16:30 – 18:00

M: Minggu

Kongsi di media sosial:

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
14:00 – 17:00
Jumaat
14:00 – 17:00

Kongsi di media sosial: