Utama / Perkhidmatan Utama / Program Weight Loss dengan Ozempic & Mounjaro

Program weight loss Ozempic dan Mounjaro di Bangi

Program Weight Loss Selamat dengan Ozempic & Mounjaro

Penurunan berat badan yang selamat dan berkesan perlu dilakukan secara berperingkat dan di bawah pemantauan perubatan, bukan sekadar diet atau produk segera.

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami menawarkan Program Weight Loss Istimewa yang menggabungkan:

  • Konsultasi doktor
  • Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
  • Pelan pengurusan berat badan berasaskan perubatan
  • Pilihan rawatan termasuk Ozempic dan Mounjaro, tertakluk kepada penilaian klinikal

Program ini sesuai untuk individu yang sibuk, tiada masa, tetapi ingin memulakan perubahan kesihatan sebelum Raya secara lebih terkawal.

Siapa Yang Sesuai Menyertai Program Ini?

Program ini sesuai untuk individu yang:

  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • Sukar menurunkan berat badan walaupun telah berdiet
  • Ingin pengawasan doktor dalam pengurusan berat badan
  • Mempunyai faktor risiko seperti gula tinggi, kolesterol atau tekanan darah

Nota: Kesesuaian rawatan ditentukan sepenuhnya oleh doktor berdasarkan keadaan kesihatan individu.

Pakej Sihat - RM99

  • Konsultasi Doktor Wellness
  • Pemeriksaan fizikal (Tekanan darah, nadi, SpOâ‚‚, suhu)
  • Analisa komposisi badan
  • BMI & ukur lilit pinggang
  • Pemeriksaan makmal: Fasting Blood Sugar, HbA1c

Pakej Sihat - RM189

  • Konsultasi Doktor Wellness
  • Pemeriksaan fizikal (Tekanan darah, nadi, SpOâ‚‚, suhu)
  • Analisa komposisi badan
  • BMI & ukur lilit pinggang
  • Pemeriksaan makmal: Fasting Blood Sugar, HbA1c
  • Fasting Lipid Panel
  • Renal Function Test
  • Liver Function Test
  • Urin FEME
  • Full Blood Count
  • ESR
  • Blood Group (ABORh)

Pakej ini membantu doktor menilai kesesuaian pesakit sebelum sebarang pelan rawatan lanjut dicadangkan.

Pakej Olympic (Ozempic) - Bermula RM999

Pakej ini melibatkan pengurusan berat badan menggunakan Ozempic, di bawah pemantauan Doktor Wellness.
Ozempic digunakan sebagai sebahagian daripada pendekatan perubatan untuk membantu kawalan selera makan dan metabolik berdasarkan penilaian klinikal.

Pakej Kalimanjaro (Mounjaro) - RM1,199

Pakej ini melibatkan pengurusan berat badan menggunakan Mounjaro, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian kesihatan pesakit.
Mounjaro digunakan sebagai sebahagian daripada pelan rawatan menyeluruh yang disesuaikan secara individu.

Nilai Tambah Program (Percuma)

Sebagai sokongan menyeluruh, peserta program turut menerima:

  • Saringan Kesihatan Mental Obesiti oleh Pakar Psikologi Klinikal
  • Zazen Sauna di Az-Zahrah Wellness Centre
  • Pemantauan BMI & tekanan darah
  • Nasihat pemakanan dan senaman
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: