Sakit Ke Buat Pembedahan Tapak Dialisis (AV Fistula)? Ini Jawapan Pakar Bedah Vaskular
“Doktor, sakit ke nak buat tapak dialisis?”
Soalan ini adalah antara yang paling kerap ditanya oleh pesakit buah pinggang kronik yang perlu memulakan rawatan dialisis. Kebimbangan terhadap kesakitan semasa prosedur adalah perkara biasa, terutamanya jika melibatkan pembedahan. Tapi… betulkah prosedur ini menyakitkan?
Apa Itu AV Fistula & Kenapa Ia Penting?
Pesakit yang menjalani dialisis memerlukan akses khas ke salur darah bagi memastikan rawatan berjalan lancar. Salah satu cara paling berkesan adalah melalui Arteriovenous (AV) Fistula – iaitu satu sambungan antara arteri dan vena yang dibentuk melalui pembedahan kecil. AV Fistula ini biasanya dilakukan di lengan, dan menjadi ‘tapak utama’ untuk rawatan dialisis jangka panjang.
Adakah Pembedahan AV Fistula Menyakitkan?
Menurut Ms. Lenny Suryani, pembedahan ini dilakukan di bawah bius setempat (local anaesthesia).
“Masa ubat bius setempat diberikan, ya, akan rasa sedikit sakit sebab disuntik menggunakan jarum. Tapi selepas itu, pesakit akan rasa kebas dan tidak rasa apa-apa semasa pembedahan berlangsung.”
Beliau juga menambah bahawa jika pesakit masih berasa tidak selesa semasa prosedur berlangsung, doktor akan menambah dos ubat bius untuk memastikan pesakit selesa sepanjang masa.
Langkah-Langkah Menjamin Keselesaan Pesakit
- Bius setempat diberikan terlebih dahulu
- Pesakit akan berasa kebas di kawasan pembedahan
- Jika ada kesakitan, pesakit boleh beritahu doktor serta-merta
- Doktor akan menambah dos bius jika perlu
“Pesakit jangan risau. Kami akan pastikan anda selesa sepanjang prosedur berlangsung.”
– Ms. Lenny Suryani Binti Safri, Pakar Bedah Vaskular
Pembedahan AV Fistula Kini Ditawarkan di Hospital Islam Az-Zahrah
Bagi pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, prosedur pembentukan Arteriovenous (AV) Fistula merupakan langkah penting dalam perjalanan rawatan.
Prosedur ini akan dilakukan oleh Ms. Lenny Suryani Binti Safri, Pakar Bedah Vaskular Hospital Islam Az-Zahrah, dengan menggunakan bius setempat (local anaesthesia) untuk memastikan pesakit selesa sepanjang prosedur.
Buat Temujanji di Hospital Islam Az-Zahrah
Kesihatan anda adalah keutamaan kami. Jika anda mengalami sebarang gejala atau mempunyai kebimbangan berkaitan kesihatan, doktor dan pasukan pakar kami sedia membantu dengan pemeriksaan dan rawatan yang menyeluruh.
Hubungi kami untuk menetapkan temujanji. Kami komited untuk memberikan penjagaan terbaik, penuh prihatin dan disesuaikan mengikut keperluan anda.
@hospitalislamazzahrah Sakit ke buat AVF ni? 😰 Ramai pesakit dialisis risau bila doktor cadangkan pembedahan untuk buat AV Fistula (AVF) — tapak khas untuk dialisis. Tapi jangan takut, prosedur ni selamat dan terkawal. 🎯 PAKEJ PEMBEDAHAN TAPAK DIALISIS (AVF) 💰 RM3799+++ 📍 Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi HARGA TERMASUK: ✔️ Konsultasi & ultrasound sebelum pembedahan ✔️ Yuran kemasukan wad ✔️ Ubat standard untuk dibawa pulang ✔️ Bilik daycare 📌 Pembedahan AVF bertujuan untuk buat saluran darah yang lebih besar bagi memudahkan rawatan dialisis secara berkala. 🗓️ Sah sehingga: 1 Februari – 31 Disember 2025 💳 Bayaran secara tunai, deposit 70% ketika masuk wad 📋 Konsultasi pakar diperlukan sebelum pembedahan 📞 Maklumat lanjut, hubungi kami di: 03-89212525 / 8921 2500 / 8921 2544 016-3328733 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #tapakdialisis #avf #avfsurgery #buahpinggang #hemodialysis #dialysisaccess #pembedahanavf #nephrology #selangorhealthcare #pakejhospital #rawatanbuahpinggang #pakarbuahpinggang ♬ original sound - hospitalislamazzahrah
Doktor Pakar
Sila klik 'Info Lanjut' untuk maklumat mengenai waktu klinik
