Apakah menu sarapan yang sesuai untuk pesakit kencing manis?
Ramai pesakit kencing manis beranggapan mereka perlu berpantang habis-habisan. Sebenarnya, pengurusan pemakanan yang betul adalah kunci utama. Dengan kawalan yang sesuai, pesakit masih boleh menikmati pelbagai makanan, termasuk sarapan kegemaran rakyat Malaysia.
Menurut Dr. Nabilah Binti Othman, Pakar Perubatan Dalaman di Hospital Islam Az-Zahrah, pesakit kencing manis tidak perlu berpantang secara total.
Prinsip utama ialah kawalan jumlah dan pemilihan makanan.
Karbohidrat masih boleh diambil tetapi secara sederhana, contohnya hanya dua kali sehari.
Pilihan sarapan yang disyorkan:
- Roti
- Susu
- Telur
- Bihun goreng (dalam kuantiti sedikit)
- Nasi lemak boleh, tetapi dalam kuantiti kecil seperti satu mangkuk kecil sahaja
Mengikut sukatan juga boleh diamalkan semasa sarapan:
- ¼ pinggan: karbohidrat (nasi, roti, bihun)
- ¼ pinggan: protein (telur, ayam, ikan)
- ½ pinggan: sayur-sayuran dan buah-buahan
“Boleh makan bihun goreng, boleh juga nasi lemak, tapi pastikan jumlahnya kecil dan seimbang,” – Dr. Nabilah Binti Othman
Kesedaran mengenai pilihan makanan sangat penting dalam menguruskan diabetes. Ia bukan tentang pantang semua makanan, tetapi tentang membuat pilihan yang lebih sihat dan seimbang setiap hari, bermula dengan sarapan!
Jika anda atau orang tersayang menghidap kencing manis dan ingin mendapatkan panduan pemakanan yang betul, hubungi kami di Hospital Islam Az-Zahrah untuk konsultasi bersama pakar kami.
03-89212525
016-3328733
@hospitalislamazzahrah Apakah menu sarapan yang sesuai untuk pesakit kencing manis? #hospitalislamazzahrah #azzahrah #fyp #kencingmanis #diabetes ♬ Aesthetic - Tollan Kim