HPV DNA vs Pap Smear: Apa Perbezaannya & Kenapa Perlu Kedua-Duanya?

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Lindungi Serviks Anda dengan Ujian HPV DNA & Pap Smear

Kanser serviks merupakan antara kanser yang kerap berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia, tetapi berita baiknya ia boleh dicegah dan dikesan awal melalui saringan berkala. Dua ujian utama yang disarankan oleh doktor adalah HPV DNA dan Pap Smear. Ramai wanita tertanya-tanya, adakah perlu buat kedua-duanya? Jawapannya: Ya, perlu!

Apa Itu HPV DNA dan Pap Smear?

Menurut Dr. Nur Hazwani Binti Husini, Pegawai Perubatan Hospital Islam Az-Zahrah:

“HPV DNA adalah ujian untuk mengesan kehadiran virus Human Papillomavirus (HPV), iaitu virus paling biasa yang menyebabkan kanser serviks. Pap Smear pula adalah ujian untuk mengesan perubahan abnormal pada tisu serviks, yang boleh menjadi tanda awal pra-kanser.”

Pap Smear ada dua jenis:

  • Konvensional – kaedah lama menggunakan sapuan sel pada slaid kaca.
  • Liquid-based Cytology (LBC) – kaedah moden yang memberikan keputusan lebih tepat dan jelas.

Perbezaan & Kepentingan Kedua-dua Ujian

  • HPV DNA: Mengesan kehadiran virus HPV walaupun sebelum sel serviks berubah menjadi abnormal.
  • Pap Smear: Mengesan perubahan sel serviks yang mungkin menjadi pra-kanser atau kanser.

Kedua-dua ujian ini saling melengkapi HPV DNA mengesan punca, manakala Pap Smear mengesan kesan. Melakukan kedua-duanya dapat meningkatkan peluang mengesan masalah lebih awal.

Saranan Doktor

Melakukan saringan secara berkala adalah kunci pencegahan. Wanita yang aktif secara seksual disarankan untuk memulakan saringan mengikut nasihat doktor.

📞 Hubungi kami di:
03-8921 2525 / 016-332 8733
📍 Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Pakej & Promosi

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: