Utama / Perkhidmatan Utama / Sleep Apnea
Talian Am
03-8921 2525
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penjelasan lanjut mengenai portal kami.
Sleep Apnea
Sleep Apnea adalah gangguan tidur yang serius di mana pernafasan berulang kali berhenti dan bermula. Jika anda berdengkur dengan kuat dan berasa letih walaupun selepas tidur semalaman penuh, anda mungkin mengalami sleep apnea. Jika tidak dilakukan rawatan intervensi, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, dan keletihan serta kemurungan.
- Sleep Apnea Obstruktif, yang paling kerap berlaku di kalangan pesakit apabila otot tekak berehat dan lidah terjatuh seterusnya menghalang saluran pernafasan
- Central Sleep Apnea, yang berlaku apabila otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan
- Sindrom Sleep Apnea Kompleks, di mana pesakit mengalami kedua-dua simptom, sleep apnea obstruktif dan central sleep apnea.
- Mengantuk siang hari yang berlebihan
- Dengkur kuat
- Berhenti bernafas semasa tidur
- Terjaga secara tiba-tiba disertai dengan tercungap-cungap
- Bangun dengan mulut kering atau sakit tekak
- Sakit kepala di waktu pagi
- Sukar menumpukan perhatian pada siang hari
- Perubahan mood, seperti kemurungan
- Tekanan darah tinggi
- Berat badan berlebihan yang menyebabkan lemak di otot pernafasan menghalang saluran pernafasan
- Umur yang meningkat
- Masalah kongenital seperti saluran pernafasan yang kecil dan hidung tersumbat
- Hipertensi
- Merokok
- Kencing Manis
- Sejarah keluarga yang mempunyai sleep apnea
- Asma
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) adalah sebuah hospital panel yang terletak di bawah pelbagai syarikat insurans dan pentadbir pihak ketiga (TPA). Kami menggalakkan para pelanggan untuk menyemak polisi perubatan masing-masing kepada majikan dan juga syarikat insurans sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Antara rawatan yang tidak invasif untuk sleep apnea adalah dengan menggunakan terapi CPAP (terapi tekanan saluran udara positif berterusan) yang membolehkan anda bernafas dengan sempurna ketika tidur. Selain itu, tidur mengiring ke kanan juga boleh mengurangkan dengkuran dan menggalakkan pengaliran darah. Dapatkan konsultasi lanjut bersama Doktor Pakar ENT kami di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ).
Doktor Pakar
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pauntan ‘info lanjut’ untuk ketahui waktu bertugas doktor kami