Utama / Perkhidmatan Utama / Tonsilitis, Sinusitis, Tinnitus
Talian Am
03-8921 2525
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penjelasan lanjut mengenai portal kami.
Tonsilitis, Sinusitis, Tinnitus
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pauntan ‘info lanjut’ untuk ketahui waktu bertugas doktor kami
Tonsilitis adalah keradangan tonsil, dua pad tisu berbentuk bujur di bahagian belakang tekak. Ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit tekak dan kesukaran menelan.
Kebanyakan kes tonsilitis disebabkan oleh jangkitan virus, tetapi jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan tonsilitis. Rawatan anda akan bergantung kepada punca penyakit anda. Jika anda dijangkiti bakteria, antibiotik akan diberkan. Jika anda dijangkiti virus, antibiotik tidak dapat membantu tetapi badan anda akan melawan jangkitan itu dengan sendiriny
Sinusitis adalah keradangan sinus yang boleh menyebabkannya hidung tersumbat dan dipenuhi dengan cecair yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Keradangan sinus biasanya disebabkan oleh selsema, alahan, ketumbuhan polip dan juga septum menyimpang.
Antara rawatan untuk Sinusitis termasuk:
- Dekongestan
- Ubat selsema dan alahan
- Pengairan salin hidung
- Antibiotik
Tinnitus adalah apabila anda mengalami deringan atau bunyi lain pada satu atau kedua-dua telinga anda. Bunyi yang anda dengar apabila anda mengalami tinnitus bukan disebabkan oleh bunyi luaran, tetapi berpunca dari masalah dalaman telinga.
Penyebab umum tinnitus termasuk:
- Hilang pendengaran
- Jangkitan telinga atau saluran telinga tersumbat; saluran telinga anda boleh tersumbat dengan pengumpulan cecair (jangkitan telinga), tahi telinga, kotoran atau bahan asing lain
- Kecederaan kepala atau leher; trauma kepada kepala atau leher boleh menjejaskan telinga dalaman, saraf pendengaran atau fungsi otak yang dikaitkan dengan pendengaran
Antara rawatan umum tinnitus adalah:
- Pembuangan tahi telinga atau bendasing; mengeluarkan penyumbatan di telinga boleh mengurangkan gejala tinnitus
- Penggunaan alat pendengaran. Jika gangguan pendengaran anda disebabkan oleh bunyi atau berkaitan dengan usia, menggunakan alat bantu pendengaran boleh membantu memperbaiki gejala anda.
Â
Anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga boleh membantu mencegah beberapa jenis tinnitus, termasuk:
- Gunakan pelindung pendengaran. Lama kelamaan, pendedahan kepada bunyi yang kuat boleh merosakkan saraf di telinga, menyebabkan kehilangan pendengaran dan tinnitus
- Kecilkan suara volum. Mendengar muzik pada volum yang sangat tinggi melalui fon kepala boleh menyumbang kepada kehilangan pendengaran dan tinnitus.
- Jaga kesihatan kardiovaskular anda. Senaman yang kerap, pemakanan yang betul dan mengambil langkah lain untuk memastikan saluran darah anda sihat boleh membantu mencegah tinnitus yang dikaitkan dengan obesiti dan gangguan saluran darah.
- Hadkan pengambilan alkohol, kafein dan nikotin. Bahan-bahan ini, terutamanya apabila digunakan secara berlebihan, boleh menjejaskan aliran darah dan menyumbang kepada tinnitus.
Â
Doktor Pakar
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pauntan ‘info lanjut’ untuk ketahui waktu bertugas doktor kami