Utama / Perkhidmatan Utama / Trigger Fingger

Rawatan Trigger Finger

Trigger finger (juga dikenali sebagai stenosing tenosynovitis) adalah keadaan di mana jari anda menjadi kaku, sukar digerakkan, atau terkunci dalam posisi bengkok. Ia berlaku apabila tendon di jari mengalami keradangan, menyebabkan pergerakan jari menjadi terbatas dan menyakitkan.

Gejala utama termasuk:

  • Kesukaran meluruskan atau membengkokkan jari.
  • Rasa seperti “klik” atau “pop” ketika menggerakkan jari.
  • Jari terkunci dalam posisi tertentu, terutama pada waktu pagi.

Trigger finger biasanya berlaku akibat penggunaan tangan yang berlebihan, seperti menggenggam sesuatu untuk tempoh masa yang lama. Walaupun ia lebih biasa di kalangan individu yang bekerja menggunakan tangan secara intensif, seperti tukang kebun, pekerja kilang, atau pemuzik, keadaan ini juga boleh menjejaskan sesiapa sahaja.

Rawatan awal adalah penting untuk mencegah gejala daripada menjadi lebih teruk. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian.

Jangan biarkan keadaan ini mengganggu aktiviti harian anda! Kami di Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan Trigger Finger Release Surgery untuk membantu anda kembali kepada kehidupan yang lebih selesa.

Harga Bermula Dari: RM3599

(Sah sehingga 31 Disember 2025)

Apa yang Termasuk dalam Pakej Ini?
  • Konsultasi dan prosedur bersama Pakar Ortopedik
  • Ubat-ubatan standard

💡 Nota Penting:

  • Harga tidak termasuk komplikasi tambahan semasa pembedahan.
  • Pembayaran secara tunai sahaja.
Mengapa Memilih Hospital Islam Az-Zahrah?

✔️ Rawatan profesional oleh pakar berpengalaman
✔️ Perkhidmatan hospital yang mesra ibadah
✔️ Persekitaran yang selesa untuk pesakit

Jangan tangguhkan rawatan anda. Ambil tindakan sekarang untuk mengurangkan ketidakselesaan dan meningkatkan kualiti hidup anda!

📅 Tempah Temu Janji Anda Hari Ini:
📞 +603 8921 2525
📲 +6016 382 8733
📧 marketing@azzahrah.my

Kunjungi laman web kami untuk maklumat lanjut: www.azzahrah.my

Soalan Lazim

Antara punca Tigger Finger ia lah pergerakkan yang berulang kali dan kecederaan. Tekanan serta penyakit degeneratif tulang juga menyumbang kepada peningkatan insiden Trigger Finger di tangan yang dominan.

  • Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok
  • Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.
  • Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas
  • kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok.
Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
14:00 – 17:00
Jumaat
14:00 – 17:00

Kongsi di media sosial: