Ujian Pap Smear & HPV DNA: Apa yang Wanita Perlu Tahu

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Ujian Pap Smear & HPV DNA: Adakah Prosedur Ini Menyakitkan?

Ujian Pap smear dan HPV DNA merupakan antara pemeriksaan penting bagi mengesan perubahan awal pada serviks yang boleh membawa kepada kanser serviks. Namun, ramai wanita masih berasa bimbang dan takut sebelum menjalani pemeriksaan ini, terutamanya berkaitan persoalan sama ada prosedur ini menyakitkan atau tidak. Memahami proses sebenar ujian dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan serviks secara berkala.

Adakah Ujian Pap Smear Menyakitkan?

Antara soalan yang sering diajukan oleh pesakit sebelum menjalani ujian Pap smear ialah sama ada prosedur ini menyakitkan. Hakikatnya, rasa tidak selesa ringan adalah normal, namun ia bukanlah satu prosedur yang menyakitkan secara serius.

Ketidakselesaan ini berlaku kerana doktor akan memasukkan spekulum (mulut itik) ke dalam faraj untuk membuka laluan dan melihat keadaan serviks dengan jelas. Proses ini penting bagi memastikan sampel diambil dengan tepat.

Bagaimana Prosedur Pap Smear & HPV DNA Dilakukan

Selepas spekulum diposisikan dengan betul, doktor akan menggunakan berus khas (brush) untuk mengambil sampel tisu dari permukaan serviks. Sampel ini kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas khas untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

Sampel yang diambil boleh digunakan untuk:

  • Ujian sitologi (Pap smear)

  • Ujian HPV DNA

Kedua-dua ujian ini tidak perlu dilakukan berulang kali dalam satu sesi, kerana satu pengambilan sampel sudah memadai untuk dihantar ke makmal bagi kedua-dua analisis tersebut.

“Rasa tidak selesa sedikit itu memang normal, tetapi satu pengambilan sampel sudah mencukupi untuk ujian Pap smear dan HPV DNA tanpa perlu dilakukan berkali-kali.”

@hospitalislamazzahrah **"Pap Smear Sakit Tak?" 🤔** Rasa nyilu sikit tu biasa, tapi sekejap je! Yang penting, **kesihatan rahim terjaga** 💖 Jangan takut, jangan tangguh – buat Pap Smear hari ini! ✅ 📞 **Maklumat lanjut, hubungi kami:** 📲 03-89212525 📲 016-3328733 #hospitalislamazzahrah #hospitalmesraibadah #azzahrah #bandarbarubangi #bangi #kajang #kesihatan #PapSmear #KesihatanWanita #cegahkanserserviks ♬ original sound - hospitalislamazzahrah

Ujian Pap smear dan HPV DNA adalah prosedur yang ringkas, selamat dan sangat penting untuk kesihatan wanita. Walaupun terdapat sedikit rasa tidak selesa, manfaat pemeriksaan ini jauh lebih besar kerana ia membantu mengesan perubahan awal pada serviks sebelum menjadi serius.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: