Utama / Perkhidmatan Utama / Glaucoma
Glaukoma
Glaukoma adalah penyakit yang rumit di mana kerosakan berlaku pada saraf optik yang progresif dan boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal. Glaukoma adalah merupakan penyebab kedua kebutaan kekal.
Glaukoma biasanya dirawat dengan ubat titis mata dan atau laser. Kebanyakan kes, glaukoma boleh dikawal dengan rawatan tersebut, lantas kehilangan penglihatan yang teruk dapat dicegah. Dalam beberapa keadaan pembedahan glaukoma juga dikenali sebagai trabeculectomy perlu dilakukan bagi mencegah glaukoma menjadi lebih teruk.
Soalan Lazim
Faktor Risiko
Glaukoma boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan peningkatan risiko untuk mengidap glaukoma. Ini termasuk:
- Faktor usia: semakin meningkat usia, risiko menghidapi glaukoma meningkat.
- Bangsa: Keturunan African dan Cina
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
- Tekanan bola mata yang melebihi tahap normal iaitu melebihi 22 mmHg (Hipertensi ocular )
- Rabun jauh (miopia)
- Menghidapi Hipertensi / Darah Tinggi
- Menghidapi Diabetes Mellitus / Kencing Manis
- Menghidapi ‘Migraine’
- Menggunakan ubat mengandungi steroid secara berterusan (samada topikal mahupun sistemik)