Utama / Perkhidmatan Utama / HPV Vaccination
HPV Vacination
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan
Soalan Lazim
Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik?
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.
Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut:
- Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
- Hamil.