Utama / Perkhidmatan Utama / Kelas Antenatal 2025

Kelas Antenatal 2025

Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami menyediakan Kelas Antenatal bagi tahun 2025. Disarankan kepada ibu hamil di usia kandungan seawal 14 minggu hingga 33 minggu.

𝐓𝐀𝐊𝐖𝐈𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐙-𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀𝐇 🌟

Khas buat bakal ibu bapa yang ingin mempersiapkan diri untuk menyambut kelahiran si kecil dengan penuh keyakinan dan ilmu! ❤️

𝐓𝐨𝐩𝐢𝐤-𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐢:
✅ Sunnah dalam Kelahiran Islam
✅ Memahami dan Mengurus Bayi Baru Lahir
✅ Memahami Proses Kehamilan dan Kelahiran
✅ Teknik Penyusuan Susu Ibu
✅ Teknik Senaman dan Pernafasan Ibu Hamil
✅ Kaedah Mengurangkan Kesakitan Semasa Bersalin

🎁 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐢𝐧𝐢:
✔️ Dapatkan ilmu praktikal dan panduan dari pakar!
✔️ Cabutan bertuah menanti anda.
✔️ Hadiah istimewa khas untuk para ibu.

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚:
✅ 12 Oktober 2025
✅ 07 Disember 2025

🕗 𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.00 pagi – 5.30 petang

💰 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧:
Percuma untuk pelanggan yang bersalin di Az-Zahrah.
RM199/sepasang untuk bukan pelanggan.

📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: Bangi Convention Center, Bandar Baru Bangi, Selangor

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan bersedia menghadapi pengalaman indah kelahiran si kecil anda. ❤️
Maklumat lanjut, hubungi kami di:
📞 03-89212525
📞 016-3328733

Sambut Kelahiran Si Manja dengan Pakej Bersalin Merdeka Az-Zahrah 2025

Poster Pakej Bersalin Merdeka 2025 di Hospital Islam Az-Zahrah – Harga promosi dari RM3,099 untuk kelahiran normal & caesarean.

Sambut detik kelahiran si manja dengan penuh ketenangan dengan Pakej Bersalin Merdeka 2025 di Hospital Islam Az-Zahrah. Setiap ibu bakal menikmati pengalaman bersalin yang selesa, selamat dan mesra ibadah.

Pakej ini merangkumi konsultasi bersama pakar perbidanan serta pakar kanak-kanak, suntikan imunisasi asas bayi, ujian darah, nurseri bayi, penginapan, makanan, serta ubatan standard.

Kenali Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Islam Az-Zahrah – Senarai Doktor Wanita

Di Hospital Islam Az-Zahrah, kami memahami keperluan wanita untuk mendapatkan rawatan yang selamat, selesa dan mesra ibadah. Barisan doktor pakar perbidanan & sakit puan wanita kami berdedikasi dalam memberikan rawatan menyeluruh, dari penjagaan kehamilan, proses kelahiran, kesihatan reproduktif, hingga rawatan kesuburan.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas, doktor kami komited memastikan setiap pesakit mendapat layanan terbaik, penuh kasih sayang serta mematuhi nilai-nilai Islam. Sama ada anda merancang kehamilan, sedang hamil atau memerlukan rawatan khusus wanita, Hospital Islam Az-Zahrah sedia menjadi pilihan anda.

Soalan Lazim

Kelas ini terbuka kepada ibu hamil (dan pasangan) yang ingin mempersiapkan diri menghadapi proses kelahiran serta penjagaan bayi baru lahir. Disyorkan pada kehamilan 16 - 33 minggu.

Yuran adalah RM199/sepasang. Namun, bagi ibu yang bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah, penyertaan adalah PERCUMA.

Walau bagaimanapun, pelanggan yang akan bersalin di Az-Zahrah perlu membayar yuran terlebih dahulu semasa pendaftaran. Yuran ini akan dikembalikan sepenuhnya atau ditolak daripada bil akhir bersalin nanti.

Kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang dalam satu hari penuh.

Kelas akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dengan penerangan mudah difahami, serta diselitkan istilah perubatan yang berkaitan.

Ya, pihak hospital menyediakan sarapan, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk peserta.

Ya, terdapat sesi soal jawab interaktif bersama pakar supaya peserta lebih jelas tentang proses kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi.

Pemulangan yuran dibenarkan sekiranya permohonan dibuat selewat-lewatnya pada dua minggu sebelum program berlangsung.

Bagi pembatalan selepas tarikh tersebut, pemulangan yuran hanya akan dipertimbangkan atas sebab-sebab kecemasan seperti berikut:
✅ Komplikasi kandungan
✅ Bersalin lebih awal daripada jangkaan
✅ Kemasukan ke hospital

Untuk permohonan ini, peserta perlu sertakan bukti seperti bil kemasukan wad bagi tujuan semakan dan pengesahan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di laman web rasmi atau terus WhatsApp kami di 016-332 8733

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Khamis
17:00 – 20:00

Kongsi di media sosial: