Utama / Perkhidmatan Utama / Pap Smear
Pap Smear
Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks. Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
Soalan Lazim
Anda ada soalan? Kami ada jawapannya. Baca soalan lazim yang kami sediakan dibawah ini.
Adakah ujian Pap smear menyakitkan?
Ujian Pap Smear tidak menyakitkan tetapi anda mungkin merasa tidak selesa semasa spekulum dimasukkan ke dalam vagina.
Bagaimanakah persediaan untuk ujian Pap smear?
- Elakkan douche (mencuci vagina dengan air atau cecair lain)
- Elakkan ubatan vagina atau krim
- Elakkan hubungan seks
- Elakkan penggunaan tampon
- Elakkan krim pencegah kehamilan, jeli atau buih