Utama / Perkhidmatan Utama / Pemeriksaan Kesihatan Umum
Saringan Kesihatan
Seseorang itu boleh hidup dengan penyakit tertentu selama bertahun-tahun tanpa sedar bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit. Melalui keputusan pemeriksaan kesihatan, doktor di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) akan membantu anda memahami status kesihatan dan menjawab sebarang persoalan atau kebimbangan anda.
Bagi mengekalkan kesihatan yang optima, kami menyarankan anda untuk membuat saringan kesihatan secara berkala atau tahunan. Hal ini kerana pengesanan awal adalah penting bagi mengetahui status kesihatan anda. Saringan adalah sangat penting jika anda mempunyai faktor risiko seperti yang tertera:
- Berat badan berlebihan
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Tinggi kolesterol
- Menghisap rokok dan/atau meminum alkohol
- Mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung, strok, atau kanser
- Tidak pernah menjalani saringan kesihatan
Di HIAZ, kami menyediakan tiga jenis saringan kesihatan utama iaitu; ujian darah, saringan kesihatan dan saringan kesihatan universal. Terdapat beberapa pilihan pakej bagi setiap jenis saringan kesihatan seperti yang tertera.
Garis Panduan Saringan
Sila peruntukan 1 atau 2 hari untuk menyelesaikan semua ujian saringan anda. Anda dinasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan pada awal tahun untuk mengelakkan. waktu puncak dari Oktober hingga Disember.
Saringan kesihatan sebaiknya dilakukan apabila anda berada dalam keadaan kesihatan yang baik, iaitu tidak demam, selesema atau gejala lain.
Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji saringan kesihatan ketika anda tidak haid dan sekurang-kurangnya 14 hari selepas hari pertama haid anda. Anda juga harus memastikan bahawa anda tidak hamil kerana X-ray berbahaya kepada janin.
Anda dinasihatkan supaya datang pada waktu pagi kerana puasa diperlukan 8 jam sebelum saringan. Air kosong dibenarkan semasa tempoh puasa.
Sila bawa IC atau pasport (untuk pelanggan antarabangsa) dan Surat Jaminan syarikat (jika berkenaan) dan pergi ke Kaunter Pendaftaran (di hadapan Unit X-Ray).
Pastikan anda mengeluarkan semua aksesori (barang kemas, jam tangan, ect) sebelum prosedur sinar-X.
Konsultan kami akan memeriksa anda terlebih dahulu jika anda sesuai untuk melakukan ujian ini. Anda dinasihatkan untuk memakai kasut dan pakaian yang sesuai kerana akan berpeluh.