Program Vaksinasi Tambahan Bakal Haji Anjuran Tabung Haji Selangor

Utama / Tentang Kami / Tentang Az-Zahrah

Shah Alam, 20 April 2025 – Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) telah berbesar hati menyertai Program Vaksinasi Tambahan Bakal Haji sempena Kursus Perdana Haji anjuran Tabung Haji Selangor, yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 April 2025 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program ini dilaksanakan bertujuan menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin tambahan kepada bakal jemaah haji Malaysia sebagai persediaan menunaikan ibadah haji dengan selamat dan sihat. Perkhidmatan vaksin yang disediakan termasuk:

  • Vaksin Influenza 
  • Vaksin Pneumokokal 
  • Pakej Kombo Influenza & Pneumokokal 

Perkhidmatan vaksinasi ini dijalankan dengan kerjasama rakan strategik HIAZ iaitu KMI Kelana Jaya Medical Centre dan SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Sepanjang program, para jemaah yang hadir diberikan penerangan lengkap berkaitan keperluan imunisasi serta proses pendaftaran dilakukan secara sistematik dengan mematuhi semua prosedur kesihatan dan keselamatan.

Hospital Islam Az-Zahrah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Tabung Haji Selangor atas peluang kerjasama ini serta kepercayaan yang diberikan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada para jemaah.

Semoga semua bakal jemaah haji yang telah menerima vaksinasi dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah, dan seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

Kongsi di media sosial:

Scroll to Top

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
14:00 – 17:00
Jumaat
14:00 – 17:00

Kongsi di media sosial: