Anda tidak sedar,stres perlahan-lahan mensabotaj tubuh,pendekkan usia!

KEHIDUPAN memberikan kita pilihan dan pilihlah untuk hidup gembira.

Hargailah nikmat di depan mata, senyumlah, bermain  dengan anak-anak, syukuri setiap nikmat tuhan seperti hujan dan matahari.

Pendekatan ini langsung tidak mahal dan paling penting mampu melindungi anda dari stres melampau yang memberi efek buruk buat kesihatan.

Ketahuilah, stres jangka panjang menyebabkan aliran hormon adrenalin dan kortisol secara terus-menerus masuk ke dalam darah, dan aliran ini memiliki impak buruk buat kesihatan.

Menurut Dr Siti Hawa Abdul Karim, saat mengalami stres ada dua macam hormon yang sangat berbahaya yang dikeluarkan secara berlebihan iaitu hormon adrenalin dan hormon kortisol.

Kedua macam hormon ini dilepas oleh Hypothalamus, organ kecil yang berada di pusat otak.

Ini yang terjadi saat stres!

Hypothalamus memberi signal kepada kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon adrenalin dan kortisol untuk dilepaskan ke dalam pembuluh darah.

Hormon-hormon ini mempersiapkan seseorang untuk bereaksi cepat dan efektif dalam mengatasi tekanan pada saat itu.

Hormon-hormon ini meningkatkan kerja jantung, bernafas lebih cepat, tekanan darah dan metabolisme. Pembuluh darah melebar agar lebih banyak darah yang mengalir ke otot, sehingga otot tubuh kita sentiasa berjaga-jaga.

Hati akan melepaskan glukosa yang disimpannya untuk meningkatkan tenaga tubuh dan peluh akan dihasilkan untuk memberi rasa dingin pada tubuh.

Ia adalah reaksi semulajadi yang dinamakan respon stres. Apabila dalam keadaan yang terkawal, ia meningkatkan kemampuan seseorang untuk tampil dengan baik di bawah tekanan.

Contohnya, seseorang dalam keadaan stres dan panik dapat mengangkat beban berat yang dalam keadaan biasa dia tidak kuat melakukannya.

Jangan dipendam terlalu lama

Sebenarnya hormon-hormon dalam tubuh bekerja dengan sangat seimbang. Jumlah yang tepat dari setiap hormon akan menghasilkan hal yang positif.

Jika stres itu sekejap, sedikit aliran adrenalin itu baik dan langsung tidak berbahaya. Yang menimbulkan masalah apabila STRES DALAM JANGKA PANJANG!

Misalnya, jika seseorang hidup bertahun lamanya dalam emosi yang tidak sihat seperti marah, benci pada sesuatu seperti pada pasangan, pekerjaan, musuh, sistem pekerjaan dan pelbagai lagi!

Stres emosional jangka panjang ini menyebabkan aliran hormon adrenalin dan kortisol secara terus-menerus masuk ke dalam darah, dan aliran tersebut yang akan merosakkan tubuh.

Apakah kadar adrenalin yang tinggi berbahaya?

Kadar adrenalin yang tinggi dan bepanjangan akan meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah sehingga denyutan menjadi lebih laju dan tekanan darah tinggi. Makin besar tekanan stres yang anda hadapi, makin keras kerja jantung.

Ia akan menyebabkan peningkatan trigliserida yang adalah lemak di dalam darah, dan peningkatan gula darah.

Kadar adrenalin yang tinggi dan berpanjangan akan menyebabkan darah membeku lebih cepat (yang menyebabkan terjadinya plak), tiroid menjadi terlalu dirangsang, dan tubuh menghasilkan lebih banyak kolesterol.

Semua hal ini berpotensi memendekkan usia anda!

Bagaimana dengan hormon kortisol yang berlebihan?

Ketika tubuh melepas adrenalin ke dalam sistem, tubuh juga melepas hormon yang disebut kortisol.

Dalam jangka masa panjang, kadar gula darah dan insulin, kadar trigliserida , kolesterol meningkat dan tetap bertahan pada tingkat tinggi.

Terlalu banyak kortisol dapat meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti dan lemak cenderung berkumpul di bahagian tengah tubuh.

Terlalu banyak kortisol dalam tubuh dapat mengurangi kalsium, magnesium dan potasium dalam tulang.  Itu dapat menyebabkan kerapuhan tulang (osteoporosis).

Sebagai tambahan terlalu banyak kortisol dapat menyebabkan tubuh menahan sodium (garam) yang menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Peningkatan kadar kortisol secara kronik akan menyebabkan imuniti terganggu seterusnya menjadi punca pelbagai penyakit.

Pemerkasaan konsep hospital mesra ibadah HIAZ

Selepas 10 tahun melancarkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI), Hospital Islam Az-Zahrah Bangi (HIAZ) kini mengambil pendekatan serius memperkasakan konsep tersebut dengan memberikan pelbagai dimensi tambahan.

Tidak hanya memfokuskan keperluan seperti kebiasaan hospital lain namun HIAZ bertekad mengutamakan kesejahteraan para pelanggan dipenuhi secara total di mana bukan hanya merawat tubuh namun juga meliputi aspek kerohanian dan memastikan ketenangan jiwa pesakit.

Dalam konteks HMI, pesakit akan diberikan kemudahan dan dibantu untuk melaksanakan ibadah, diransangkan dengan suasana mendekatkan diri dengan Allah SWT tidak kira peringkat mana tahap sakitnya, disamping mendapat rawatan dan sentuhan ramah para perawat dihospital.

Menurut Pengarah Urusan HIAZ, Abdul Rahman Md Dali, pemerkasaan ini suatu hal yang mesti dipandang serius kerana ia adalah projek Islam dan antara misinya ialah untuk mengembalikan keyakinan orang Islam kepada orang Islam.

Abdul Rahman Md Dali, Pengarah Urusan HIAZ

“Ia adalah satu jihad di mana akan mengangkat maruah, kehormatan dan kemuliaan orang Islam.

“Semua staf perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan dengan penuh etika dan teliti, bahkan hingga ke bahagian stor sekalipun perlu memandang serius lonjakan ini.

“Para pekerja di hospital yang mesra ibadah juga perlu berbudi pekerti mulia sentiasa dengan senyuman, sentuhan dan sapaan ramah dan sentiasa ingin membantu.

“Saya juga serius menilai pelaksanaan yang dibuat dan pemantauan serta soal selidik akan dilakukan dari masa ke semasa.

“Konsep ini juga harus melekat di jiwa setiap staf HIAZ dan juga seluruh staf anak syarikat,”tegasnya semasa majlis pemerkasaan yang berlangsung baru-baru ini.

Pada hari yang sama turut dilancarkan Tabung Kebajikan Am Hospital Islam Az-Zahrah bagi pembinaan Yayasan Az-Zahrah untuk membantu pesakit kronik, anak yatim dan ibu tunggal serta membantu kos penyelidikan dan pendidikan dalam melahirkan golongan bijak pandai.