Utama / Perkhidmatan Utama / Pakej Bersalin
Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah
Berikut adalah harga Pakej Bersalin Hospital Islam Az-Zahrah mengikut jenis katil
Pakej Bersalin Normal & Caesarean di Hospital Islam Az-Zahrah direka khas untuk memberikan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan kepada para ibu yang bakal melahirkan. Dilengkapi dengan kemudahan perubatan moden dan sokongan pakar, setiap pakej kami merangkumi perkhidmatan yang komprehensif bagi ibu dan bayi.
Pakej Bersalin Normal
- Harga: Bermula dari RM3,199
- Tempoh Penginapan: 2 Hari 1 Malam
- Pilihan Bilik: 3 Katil, 2 Katil, atau 1 Katil
Kemudahan Termasuk:
- Konsultasi Pakar Perbidanan & Sakit Puan
- Konsultasi Pakar Kanak-kanak
- Suntikan imunisasi asas untuk bayi
- Nurseri dan penjagaan bayi
- Penginapan dan makanan
- Ubat standard untuk ibu
- Ujian pendengaran bayi
Pakej Bersalin Caesarean
- Harga: Bermula dari RM9,199
- Tempoh Penginapan: 3 Hari 2 Malam
- Pilihan Bilik: 3 Katil, 2 Katil, atau 1 Katil
Kemudahan Termasuk:
- Rundingan dengan pakar bius (LSCS)
- Ubat untuk dibawa pulang
- Pemeriksaan dan ujian darah bayi
- Suntikan imunisasi asas untuk bayi
- Saringan pendengaran oleh Pegawai Audiologi
Komplimentari untuk Anda
- Sesi konsultasi dengan kaunselor laktasi
- Lawatan perinatal pakar psikologi klinikal
- Sesi fisioterapi untuk ibu (LSCS sahaja)
- Sesi teknik & pengurusan uri
- Beg discaj dan hadiah untuk bayi
- Edisi terhad set Baby Motherhood bernilai RM200 untuk 100 pelanggan pertama!
Mengapa Pilih Hospital Islam Az-Zahrah?
Pengalaman Bersalin yang Menenangkan
Hospital kami diiktiraf sebagai Hospital Mesra Ibadah dengan pengiktirafan MS ISO 9001 yang menjamin perkhidmatan berkualiti tinggi dan berlandaskan prinsip Islam.Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah
Kami menawarkan pelan bayaran serendah RM130 sebulan untuk kemudahan anda. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran ansuran dengan pelbagai bank utama seperti CIMB, Maybank, Public Bank, dan banyak lagi.Sokongan Pakar Sepanjang Masa
Pasukan pakar kami akan berada di sisi anda sepanjang proses kehamilan dan kelahiran untuk memastikan setiap langkah dilalui dengan lancar dan selamat.
Terma & Syarat
- Tempahan adalah untuk pelanggan tunai sahaja.
- Pemeriksaan antenatal perlu dilakukan minimum 3 kali dengan pakar sebelum layak untuk pakej ini.
- Deposit tempahan: RM500 (Normal) / RM1000 (Caesarean).
Hubungi Kami Sekarang untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut ☎️ 03-8921 2525
📱 016-332 8733 (Tele-pemasaran)
Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
Mulakan Perjalanan Bersalin Anda Bersama Kami di Hospital Islam Az-Zahrah!
Perkhidmatan Bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah
Di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ), kami melahirkan rasa gembira dan syukur kepada ibu-ibu yang menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Diketuai oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) yang berpengalaman, Unit Bilik Bersalin dan Unit Nurseri komited dalam mengendalikan kelahiran yang selamat serta menguruskan penjagaan ibu dan bayi. Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan para ibu menjalani proses kelahiran yang lancar.
Suami atau ibu pesakit juga dibenarkan untuk menemani semasa proses kelahiran seperti yang tertakluk kepada peraturan semasa yang ditetapkan.
Antara tawaran perkhidmatan bersalin dari Bidang Perbidanan dan Sakit Puan di HIAZ:
Kelas Antenatal
Penjagaan Am & Pemeriksaan Pranatal
Imunisasi untuk bayi baru lahir
Hospital kami menggalakkan penyusuan susu ibu. Oleh itu, kami menyediakan bantuan dan nasihat laktasi kepada ibu daripada jururawat laktasi yang terlatih. Jururawat kami juga mahir dalam bidang penjagaan bayi neonatal dan perbidanan, khas untuk memberi penjagaan baik kepada bayi yang baru lahir.
Bayi-bayi Yang Baru Lahir
Bagi bayi-bayi yang baru lahir di HIAZ, pemeriksaan ujian kumpulan darah, pemeriksaan gen G6PD, dan penilaian hormon perangsang tiroid (TSH) akan dijalankan. Selepas dilahirkan, bayi akan diberi suntikan Vitamin K. Perkhidmatan imunisasi turut disediakan seperti vaksin BCG dan vaksin Hepatitis B.
Pakar Kanak-kanak akan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi bagi memastikan bayi sihat sebelum pulang ke rumah.
*Tertakluk kepada terma & syarat.
Terdapat dua kaedah bersalin tersedia di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) iaitu bersalin secara normal dan bersalin secara Caesarean.
Bersalin secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Secara puratanya ibu yang bersalin secara normal akan tinggal di wad bersalin selama 2 hari 1 malam. Untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal, terdapat tiga jenis bersalin secara normal mengikut keadaan ibu dan kandungan:
- Bersalin Faraj Spontan (SVD) berlaku apabila ibu yang mengandung bersalin tanpa menggunakan ubat atau teknik bantuan untuk mencetuskan proses labour dan melahirkan anak secara normal
- Bersalin Faraj Dibantu (AVD) adalah apabila ibu yang bersalin memerlukan alat bantuan seperti pengekstrak vakum untuk melahirkan bayi melalui faraj.
- Induction of Labour (IOL) pula adalah satu prosedur induksi bagi merangsang kontraksi uterus seterusnya pembukaan pintu rahim melalui penggunaan ubat-ubatan untuk memulakan proses kelahiran.
Antara indikasi ibu yang mengandung memerlukan prosedur IOL adalah:
- Kandungan lebih hari (Post Date)
- Masalah kesihatan seperti Hipertensi Akibat Kehamilan (PIH) atau Kencing Manis Akibat Kehamilan (Diabetes Mellitus)
- Kekurangan Air Ketuban (Oligohydramnios)
- Sekatan Pertumbuhan Intra Rahim (IUGR)
- Pecah Air Ketuban
- Kurang pergerakan janin apabila usia kandungan lebih 37 minggu
- Jangkitan bakteria (Korioamnionitis)
Bersalin secara Caesarean atau dikenali sebagai Lower Segment Caesarean Section (LSCS) adalah pembedahan untuk mengeluarkan bayi melalui potongan yang dibuat pada dinding abdomen dan rahim. Secara puratanya ibu yang bersalin secara Caesarean akan tinggal di wad bersalin selama 3 hari 2 malam. Terdapat dua situasi di mana pembedahan Caesarean disyorkan oleh doktor; Pembedahan Elektif Caesarean (EL LSCS) dan Pembedahan Kecemasan Caesarean (EM LSCS).
Pembedahan Elektif Caesarean (EL LSCS) adalah disyorkan jika:
- Ibu telah melalui dua kelahiran secara Caesarean sebelum ini. Disebabkan oleh kelemahan pada bahagian rahim yang dibedah ketika prosedur yang lepas, kebarangkalian parut pada rahim untuk pecah adalah tinggi ketika sakit bersalin atau ketika sarat mengandung.
- Previa Plasenta. Apabila plasenta terletak rendah pada rahim, ia sebahagiannya atau sepenuhnya boleh menutup serviks. Dalam trimester ketiga, seorang daripada 200 ibu mengandung boleh menghidapi previa plasenta. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan untuk situasi ini.
- Kedudukan bayi songsang. Jikalau kedudukan punggung dan kaki janin berada berdekatan dengan serviks, bersalin secara Caesarean boleh mengelakkan kepala bayi terperangkap atau kejatuhan tali pusat.
- Kelahiran kembar. Bayi kembar boleh dilahirkan secara normal akan tetapi ia bergantung kepada kedudukan janin, anggaran berat dan usia kehamilan. Untuk mengelakkan komplikasi, bersalin secara Caesarean adalah disyorkan.
- Kecacatan kelahiran atau gangguan kongenital. Sekiranya bayi didiagnosis mengalami kecacatan ketika ujian pranatal, bersalin secara Caesarean perlu dilakukan untuk mengurangkan komplikasi lanjut
- Penyakit Kelamin. Sekiranya ibu mengandung menghidap wabak herpes aktif, prosedur Caesarean akan dilaksanakan untuk mencegah bayi dari terdedah kepada virus
- Kencing manis. Apabila ibu mengandung menghidap kencing manis yang disebabkan oleh kehamilan, kebarangkalian untuk berlakunya komplikasi adalah lebih tinggi dan prosedur Caesarean adalah digalakkan