Utama / Perkhidmatan Utama / Rawatan Suntikan Lutut

Pakej Knee Injection_1080x1350

Suntikan Lutut di Hospital Islam Az-Zahrah, Rawatan Alternatif Tanpa Pembedahan

Adakah anda mengalami sakit lutut yang berpanjangan sehingga menjejaskan aktiviti harian? Hospital Islam Az-Zahrah menawarkan rawatan suntikan lutut yang selamat, berkesan dan dijalankan oleh doktor pakar berpengalaman.

Apa itu Suntikan Lutut?

Suntikan lutut adalah rawatan tanpa pembedahan yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan kekakuan sendi lutut. Ia sesuai bagi mereka yang menghidap osteoartritis, kecederaan sukan, atau sakit lutut kronik.

Jenis Suntikan yang ditawatkan di Az-Zahrah:
  1. Suntikan Hyaluronic Acid (HA)
    • Bertindak sebagai pelincir dan penyerap hentakan dalam sendi.
    • Mengurangkan geseran dan memudahkan pergerakan lutut.
  2. Suntikan Platelet-Rich Plasma (PRP) (bergantung kepada kesesuaian pesakit)
    • Merangsang penyembuhan semulajadi menggunakan darah sendiri.
Manfaat Rawatan Suntikan Hyaluronic Acid (HA):
  • Melegakan kesakitan lutut
  • Mengurangkan keperluan ubat tahan sakit
  • Meningkatkan pergerakan dan kualiti hidup
  • Alternatif selamat untuk pesakit yang tidak sesuai menjalani pembedahan
Siapa yang Perlu Mendapatkan Rawatan Suntikan Lutut?

💡 Pakej ini sesuai untuk:
🏃 Pesakit osteoarthritis yang mengalami kehausan tulang rawan
🏋️ Individu aktif & atlet yang mengalami sakit sendi akibat kecederaan sukan
🦵 Warga emas yang mengalami kekejangan & kesakitan lutut akibat penuaan
👨‍⚕️ Mereka yang mencari alternatif rawatan tanpa pembedahan untuk sakit lutut

Proses Rawatan Suntikan Lutut:
  1. Pemeriksaan & konsultasi oleh doktor pakar Ortopedik
  2. Pemeriksaan Xray
  3. Suntikan dilakukan di bawah pemantauan klinikal
  4. Pemerhatian ringkas selepas prosedur
Harga Pakej Suntikan Lutut (Hyaluronic Acid (HA) di Az-Zahrah:

Anggaran Pakej Suntikan Lutut  di Hospital Islam Az-Zahra adalah bermula RM858 – RM3000. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai kos dan promosi semasa.

Kenapa Pilih Hospital Islam Az-Zahrah untuk Suntikan Lutut?

🏥 Doktor Pakar Berpengalaman – Rawatan dilakukan oleh pakar ortopedik yang bertauliah
🕌 Hospital Mesra Ibadah & Patuh Syariah – Persekitaran selesa & profesional
💰 Harga Berpatutan & Rawatan Berkualiti
📍 Lokasi Strategik di Bandar Baru Bangi

Hubungi Kami Untuk Temujanji!

📞 +603 8921 2525 | +603 8921 2510
📲 +6016 332 8733 (WhatsApp)
📩 marketing@azzahrah.my
🌐 www.azzahrah.my

Soalan Lazim

  • Kemerahan dan kehangatan di kawasan yang terjejas
  • Bengkak dan kekakuan
  • Ketidakstabilan dan kelemahan
  • Bunyi pelik di lutut (kadang-kadang bermunculan atau crunching)
  • Pergerakan terhad, seperti ketidakupayaan untuk meluruskan atau membengkokkan lutut mereka
  • Kesakitan yang hanya berlaku apabila mereka melakukan pergerakan tertentu (naik atau turun tangga)
  • Kesakitan yang konsisten walaupun semasa berehat

Anda mungkin rasa sedikit ketidakselesaan semasa suntikan, tetapi keseluruhan prosedur adalah cepat dan ditadbir secara profesional.

Bergantung pada jenis suntikan dan keadaan lutut anda, kesannya boleh bertahan antara beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Ya, rawatan ini sesuai dan selamat untuk pesakit warga emas.

Kesan sampingan sangat minimum. Mungkin bengkak atau rasa tak selesa sekejap di tempat cucuk – tapi selalunya akan hilang dalam 1–2 hari.

Scroll to Top

Pakej & Promosi

Dr. Mohd Hezery Harun

MD (USM), Doc. Ortho. & Traumatology (UKM)

WAKTU KLINIK

Sila rujuk jadual doktor yang kami sediakan bagi memudahkan anda untuk membuat sebarang perancangan jika perlu.

Hari Pagi Petang
Rabu
14:00 – 17:00
Jumaat
14:00 – 17:00

Kongsi di media sosial: